Susu unta, ketahui pelbagai khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan anda

SUSU unta kaya pelbagai khasiat bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga bayi. Susu unta memiliki kandungan gizi yang bertingkat yang mana ia dipengaruhi oleh frekuensi perahan,usianya, jumlah anak yang pernah dilahirkan, jumlah dan jenis makanan yang diberikan serta jumlah air yang diminum.

Ia mempunyai rasa yang pelbagai iaitu rasanya tawar,manis dan masin meskipun makanan yang dimakan sama.

Susu unta sesuai dijadikan suplemen makanan yang sempurna untuk kanak-kanak dan orang dewasa kerana susu unta mirip dengan susu ibu.

susu-unta

Khasiat susu unta

Susu unta memiliki banyak manfaat kesihatan antaranya ialah:\


1. Membantu perkembangan otak

Imunoglobulin dan protein pertahanan yang terkandung dalam susu unta dipercayai mampu membantu perkembangan otak

Ia juga menunjukkan potensi dalam memperbaiki keterampilan komunikasi dan fungsi otak anak autisme.

2. Meningkatkan sistem imunisasi

Susu unta mengandungi antibodi dan immunoglobulin sehingga membuatkan tubuh tahan terhadap berbagai penyakit.

Ia juga mengandungi unsur anti mikroorganisma yang bermanfaat bagi tubuh.

3. Membantu pesakit kencing manis

Penggunaan harian 0.5 liter susu unta mengurangi keperluan untuk ubat yang sering diambil dengan purata 30%.

Ia juga membantu dalam mengembalikan diabetes peringkat pertama kerana ia mengandungi insulin dan protein seperti insulin yang memiliki kesan antidiabetes.

diabetis-tahap-1

4. Mempunyai kelebihan berbanding susu kambing dan lembu

Susu unta mempunyai banyak kelebihan berbanding susu lembu dan susu kambing. Antaranya susu unta mengandungi vitamin C tiga kali ganda lebih banyak daripada susu lembu

Kadar tersebut akan terus bertambah jika unta diberi makan rumput yang kaya vitamin.

Ia juga mengandungi 10 kali ganda zat besi berbanding susu lembu.

Kadar kolestrol susu unta lebih rendah jika dibandingkan dengan susu lembu iaitu sekitar 40%.

Kandungan asid lemak dalam susu unta mengalami proses yang lebih pendek jika dibandingkan dengan susu lain.

Susu unta mempunyai lebih besar susunan Z asid lemak yang mudah mengembang terutamanya linolenic dan berbagai-bagai zat asid lemak yang sangat baik untuk gizi manusia khususnya mereka yang menderita penyakit jantung.

susu-lembu

Vitamin utama dalam susu unta ialah A, B dan B2. Vitamin B1 dan B2 yang terdapat dalam susu unta lebih banyak berbanding susu kambing manakala vitamin A dan karotin cukup juga tersedia dalam susu unta.

5. Menguatkan tulang

Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu unta membantu dalam memperkuatkan tulang.

6. Mengatasi masalah syahwat

Susu unta juga mampu membantu anda mengatasi berbagai-bagai masalah seksual seperti impotensi, kekurangan nafsu syahwat dan membantu mengembalikan kehangatan hubungan suami isteri.

suami-isterihttp://

Kegunaan susu unta untuk kesihatan dan amalan perubatan

1. Saluran pencernaan

Buat mereka yang sakit disarankan meminum susu unta pada pagi hari dan berehat secukupnya. Susu segar yang panas sangat baik untuk membersihkan saluran pencernaan.

2. Kecantikan dan kesihatan

Jika susu unta dicampur dengan gula, ia dapat mencerahkan dan mencantikkan warna kulit, menyembuhkan penyakit sesak nafas, paru-paru dan TBC (tuberculosis).

sesak-nafas

3. Membersihkan kotoran perut

Susu unta yang dicampur bersama madu dapat membersihkan kotoran dalam perut yang sudah bercampur dengan sisa makanan

Walaupun susu unta ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat tetapi sebarang kesan daripada amalan perubatan adalah beza bagi setiap individu oleh itu pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mencuba mengubati penyakit anda dengan susu unta.

Post a Comment

Previous Post Next Post