Bekas Ketua Pemuda Umno Pahang kena penjara 3 tahun kes tipu RM1 juta

BEKAS Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Mohd Mustafa Mohd Khalid dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun hari ini selepas didapati bersalah menipu seorang pengarah urusan Syarikat untuk menyerahkan wang rm1juta berhubung projek sistem pengimbas.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki yang mengetuai panel tiga Hakim dilapor mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 3 tahun dijatuhkan oleh mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 19 Februari 2016 terhadap tertuduh.

Panel itu bagaimanapun mengetepikan hukuman penjara lapan tahun dan denda sebanyak RM300,000 atau penjara setahun yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mac 2017.

"Keputusan kami adalah sebulat suara, kami membenarkan rayuan sebahagian. kami berpendapat bahawa rayuan terhadap sabitan itu tidak mempunyai merit, rayuan terhadap sabitan ditolak dan sabitan dikekalkan,"

"Rayuan terhadap hukuman dibenarkan. Hukuman Hakim mahkamah tinggi diketepikan dan hukuman Hakim Mahkamah Seksyen dikembalikan," kata hakim mohtarudin yang bersidang bersama hakim-hakim datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah lapor BERNAMA.

Mohd Mustafa, 56 merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman penjara dari 3 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen kepada 8 tahun selepas menolak rayuannya.

Maka dia perlu menjalani hukuman penjara hari ini kerana ia merupakan rayuan terakhir berikutan kes yang bermula di mahkamah sesyen akan berakhir di Mahkamah Rayuan. — EdisiRakyat.com, 3 Januari 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post