Orang kampung tak sudi bantu, remaja ini terpaksa bawa mayat ibu 5km dengan basikal

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan terpaksa membawa mayat ibunya sejauh 5km dengan basikal, kerana tiada orang kampung sudi membantu.

Bawa mayat ibu dengan basikal

Janki Sinhania, yang berusia 45 tahun mati akibat terjatuh ketika mahu mengambil air.

Namun selepas kematian, tiada seorang pun jirannya di Karpabahal, sebuah perkampungan dalam daerah Odisha sudi membantu Saroj untuk membawa jasad ibunya ke tempat pembakaran.

Alasannya kerana, mereka merupakan Bangsa India berkasta rendah. Maka Saroj terpaksa membawa jasad ibunya menggunakan basikal sejauh 4 hingga 5 km lapor India Today.

Saroj dikatakan telah mengebumikan mayat ibunya di dalam sebuah kawasan hutan.

Janki tinggal di kampung halaman suaminya yang dikahwini sejak 10 tahun lalu bersama dua orang anaknya, seorang lelaki, dan seorang perempuan. Suaminya juga telah meninggal dunia.

Ketika menolak basikal, sambil kepalanya ditutup dengan tuala lusuh, Saroj berulang kali ditanya mayat siapa yang dibawanya.

Dengan nada lemah dan perlahan dia menjawab, "Ini mayat ibu saya,' — EdisiRakyat.com, 20 Januari 2019

Post a Comment

1 Comments