Pencuri motosikal dicampak ke dalam lumpur kerana cuba larikan diri (video)

SALAH seorang daripada dua orang pencuri motosikal dicampak ke dalam lumpur oleh orang kampung kerana enggan menyerah dan cuba melarikan diri.



Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada 12 Febuari 2019 itu, salah seorang daripada dua orang remaja yang cuba mencuri motosikal berjaya ditangkap oleh penduduk kampung, manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri dengan menunggang motosikal.

Pencuri kena lempar dalam lumpur

Meskipun telah ditangkap oleh orang kampung, remaja terbabit dikatakan masih berdegil dah tidak tahu duduk diam, malah masih cuba melarikan diri kerana enggan ditangkap oleh pihak polis.



Penduduk kampung yang geram dengan tingkah laku remaja berkenaan bertindak melemparnya ke dalam parit yang dipenuhi lumpur dan dibiarkan sehingga pihak polis tiba.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Sukasari Subang, sebuah daerah di Indonesia yang terletak kira-kira 100km di timur bandaraya Jakarta. — EdisiRakyat.com, 12 Febuari 2019

1 Comments

  1. Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
    Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
    Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
    Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post