Malindo Airways bakal buang 2,000 pekerja

SYARIKAT penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd dilaporkan akan membuang kira-kira 2000 daripada 3200 kakitangannya susulan operasi syarikat yang terjejas teruk akibat Covid-19 lapor The Malaysian Insight.



Sumber berita itu yang melihat memo dihantar kepada para pekerja melaporkan, ketua pegawai eksekutif Captain Mushafiz Mustafa Bakri berkata syarikat berkenaan hanya memperolehi 10 peratus daripada pendapatan bulanan sebelum pendemik Covid-19.

Malindo Flight

"Beberapa bulan kebelakangan ini sangat mencabar bagi kami ekoran kesan berterusan pendemik covid-19 terhadap industri penerbangan."

"Kami tidak dapat melakukan penerbangan antarabangsa kerana sempadan ditutup. pada masa yang sama hampir tiada permintaan bagi penerbangan domestik,"

"Ini menjejaskan pendapatan kami. Sehingga kini kami hanya memperolehi 10 peratus daripada pendapatan bulanan sebelum pandemik," katanya.


Menurutnya lagi, segala usaha yang telah dilakukan oleh Syarikat penerbangan itu tidak mampu menangani kesan berpanjangan wabak covid-19 terhadap perniagaannya.

Malindo Airways katanya telah mengambil beberapa langkah drastik untuk menampung kos tetap dan operasi termasuk mengurangkan jumlah pesawat kepada 50 peratus.

Syarikat itu juga telah menawarkan cuti tanpa gaji jangka panjang secara sukarela (LTU) dan skim pemisahan sukarela (VSS).


Selain itu, pengambilan pekerja baru juga ditangguhkan selain mengkaji semula gaji, memberhentikan pemberian elaun, tuntutan elaun kerja lebih masa dan perjalanan, serta menghentikan pengambilan semula pekerja berusia lebih 60 tahun. — EdisiRakyat.com, 29 Oktober 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post