Telinga anda kerap berdesing? Apakah yang sebenarnya berlaku?

TELINGA anda kerap berdesing? Pasti anda tertanya-tanya apa penyebabnya. Boleh jadi ia merupakan petanda bahawa anda perlu memberi perhatian kepada tubuh anda.

Bunyi berdesing atau tinnitus boleh jadi bermula dari dalam telinga anda. Ia disebabkan oleh kerosakan atau kehilangan sel-sel rambut pengesan yang berada di koklea ataupun telinga dalam.

Tinnitus boleh hadir dalam pelbagai bentuk termasuk bunyi berdengung, bunyi ombak, bunyi berdengung, bunyi deringan bunyi klik atau bunyi desiran. Bunyi ini kadangkala berlaku di sebelah telinga dan kadangkala berlaku di kedua-dua telinga sama ada secara sekejap atau berterusan. Kadangkala bunyian itu sangat perlahan dan kadang kala ia begitu kuat sehingga mengganggu anda lebih-lebih lagi ketika mana anda sedang tidak melakukan pekerjaan lain ataupun tidak melakukan apa-apa aktiviti lebih-lebih lagi di waktu malam.

telinga-berdesing

Penyakit ini adalah sangat biasa berlaku yang mana terdapat sejuta orang di Malaysia mengalami tinnitus dan kelazimannya menyerang mereka yang berusia 40 hingga 70 tahun.

Penyakit ini lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita, ini menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Pantai Klang Dr Rajveer Singh Saren. 

Manakala menurut kajian National Institute on Deafness and Hearing Disoder di Amerika syarikat, kira-kira 10 peratus populasi dewasa di sana mengalami tinnitus itu sekurang-kurangnya 5 minit.

Menurut Pengarah Rush Oak Park Otolaryngology, Ashok Jagasia, simptom ini tidak membahayakan nyawa tetapi lebih kepada menjadi petanda kepada penyakit lain. Pada beberapa orang, ia akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, atau imsomnia.

Bagi mereka berusia, masalah pendengaran dan gangguan deringan  adalah satu perkara biasa.

Apakah yang menyebabkan tinnitus?

Mengapa tinnitus ini berlaku? ia sebenarnya berasal dari bahagian telinga dalam yang kelihatan seperti cengkerang dan disebut koklea. Perubahan dalam aktiviti saraf koklea yang menjadi punca kepada tinnitus. 

Perubahan ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi yang kuat seperti gergaji besi, muzik yang kuat, dan terdedah kepada ruang kerja yang bising dalam tempoh masa yang panjang.

Selain itu ia mungkin disebabkan oleh kecederaan kepala atau gegaran otak, pengumpulan tahi telinga anda, pengambilan kafein dan pengambilan ubat-ubatan yang memberi kesan kepada telinga seperti aspirin, ibuprofen, ubat tekanan darah.

Terdapat juga penyebab lain telinga berdesing iaitu sejenis penyakit yang dipanggil Meniere berkaitan dengan cairan dalam telinga.

Cara mengatasi tinnitus?

Tinnitu kebiasaannya tidak ada penawar. Kadangkala ia akan hilang dengan sendirinya dan mengambil masa untuk jangkamasa yang panjang. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba untuk menolong anda mengatasi masalah ini menurut pengarah Rush Oak Park Otolaryngology.

1) Mendaftar untuk terapi tingkahlaku kognitif (CBT)

Dalam sesi ini, anda akan didedahkan tentang bagaimana mengubah persepsi dan tindak balas anda terhadap tinnitus melalui penyusunan semula cara menerima keadaan telinga berdesing.

Terapi ini juga dapat membantu anda mengalami masalah kemurungan dan kegelisahan yang disebabkan oleh tinnitus dan di samping mengajar anda teknik pernafasan dan menenangkan otot.

2. Pembersihan telinga berkala

Umumnya setiap orang bertindak membersihkan tahi telinga dengan cara membeli putik kapas dan mengorek sendiri telinga. Mengorek telinga memburukkan keadaan di mana anda cenderung menolak lebih dalam lagi tahi telinga yang ada menyebabkan telinga tanda tersumbat dan berlaku jangkitan.

Dapatkan khidmat doktor bila perlu agar doktor boleh membersihkan telinga anda dengan bantuan mikroskop dan alat yang kecil. 

3. Mendapatkan nasihat doktor

Apa yang penting bagi penghidap tinnitus dalam mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu menggunakan bantuan pendengaran atau pun tidak dengan melalui ujian audiogram.

Alat bantuan pendengaran ini dapat membantu anda lebih fokus dengan bunyi luaran.

Secara tidak langsung, anda juga mungkin boleh mendapat manfaat jika anda mempunyai masalah pendengaran apabila ujian tersebut menunjukkan membuktikan anda mempunyai masalah.

audiogram

4. Bantu minda anda mengalihkan fokus

Apa jua masalah kesihatan akan menjadi berat jika anda terlalu memfokuskan pemikiran anda ke arah itu. Apa kata anda cuba alihkan perhatian anda dengan memainkan muzik yang lembut dimana irama yang tenang akan membuatkan anda tidak fokus pada masalah pendengaran anda.

Selain itu cari hobi dan lakukan perkara yang anda suka untuk mengalihkan perhatian. 

5. Elakkan pengambilan kafein

Pengambilan kafein sangat signifikan dengan masalah kesihatan dimana pengambilan kafein boleh mengganggu pelbagai fungsi tubuh. Salah satunya adalah meningkatkan tekanan darah. Ini menyebabkan masalah telinga anda kedengaran lebih jelas.

6. Pertimbangkan pengambilan ubat-ubatan

Ketika mengambil sebarang ubat apa yang penting adalah anda perlu mempertimbangkan keperluan pengambilannya kerana pengambilan sesuatu ubat secara berlebihan mempunyai kesan sampingan. Contohnya, ibuprofen, sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan sakit kepala, atritis dan beberapa masalah kesihatan. 

Pengambilan ibuprofen ini jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan keadaan tinnitus menjadi lebih buruk.

7. Cuba kaedah akupuntur

Terrdapat beberapa rawatan tradisional yang mungkin boleh membantu anda dalam proses pemulihan antaranya adalah akupuntur yang merupakan rawatan alternatif masyarakat cina.

Ia adalah sejenis rawatan menggunakan jarum halus untuk melancarkan peredaran darah.

akupuntur

Sesetengah orang mampu merawat masalah tinnitus mereka dengan melakukan akupuntur dan juga kaedah rawatan alternatif yang lain.

8. Memakai alat pelindung telinga

Sesetengah pekerjaan mendedahkan pekerja kepada bunyi bising pada jangka masa yang panjang atau tahap bunyi berlebihan seperti bunyi jentera, mesin dan lain-lain.

Menurut statistik yang telah dirujuk dari Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH), masalah pendedahan pekerja terhadap bunyi bising merupakan satu cabaran utama dalam sektor pekerjaan.

Merupakan tanggungjawab majikan untuk menyediakan pelindung telinga seperti earplug atau earmuff atau kedua-duanya sekali terutama sekali ketika bekerja.

9. Pengambilan supplemen

Sesetengah pengambilan suplemen seperti riboflavinoid ataupun vitamin B6 membantu mengatasi masalah tinnitus apabila pengidapnya menganbul supplement ini di antara 6 hingga 8 minggu.

10. Mengadakan persekitaran dengan bunyi "white noise".

"White noise" adalah bunyi yang menyenangkan seolah-olah seperti dalam perut ibu. Wujudkan persekitaran atau pasang melodi white noise supaya anda tidak larut dan terlalu fokus pada bunyian dalan telinga anda disamping mewujudkan suasana tenang.

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan apabila telinga kanan berdengung?

Jika masalah telinga berdesing anda berlarutan untuk beberapa minggu lekaslah dapatkan rawatan di klinik berdekatan. 

Anda akan diberi rawatan susulan di klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di mana satu ujian pendengaran yang dipanggil audiogram akan dijalankan.

Tambah Jagasia lagi , "Ia akan membantu anda mendapatkan sedikit gambaran sama anda anda mengalami masalah kehilangan pendengaran yang berkaitan dengan tinnitus. Kebiasaannya pesakit melebihi umur 60 tahun apabila dilakukan ujian didapati mereka mengalami masalah pendengaran yang mengakibatkan bunyi bedesing di telinga."

Teruskan dapatkan rawatan ke doktor jika anda mengalami mabuk, pitam, atau simptom tidak boleh mendengar pada satu atau kedua-dua telinga seiring dengan desingan yang mana ia merupakan gabungan simptom yang menunjukkan signal.

Satu keadaan yang perlu sangat dititikberatkan dan perlu dirisaukan adalah jika telinga anda mendengar bunyi degupan jantung anda sendiri yang dipanggil pulsatile tinnitus. 

Ini mungkin boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius termasuk tumor bening, jangkitan telinga tengah, tekanan darah tinggi, aeteri tersumbat ataupun stroke. Jika ini berlaku anda perlu cepat mendapatkan rawatan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

"Tambahnya lagi, "apabila semakin tua ia adalah normal untuk mulai mendengar bunyi di telinga. Keadaan ni selalunya bukanlah masalah yang serius tetapi ia boleh mempengaruhi kehidupan anda setiap hari. karangan yang perlu dilakukan oleh kita pada waktu itu adalah mengajar diri kita mengabaikan bunyi-bunyian itu.". EdisiRakyat.com, 5 Oktober 2020 

Post a Comment

Previous Post Next Post