Cara untuk kelihatan menarik berdasarkan sains

SEMUA orang mahu kelihatan cantik tetapi tahukah anda ada terdapat beberapa cara untuk kelihatan cantik yang terbukti secara saintifik?



Kadang-kala, kecantikan membuatkan kita menjadi stress kerana takut ketinggalan dengan trend terkini. Sebenarnya untuk kelihatan cantik, penampilan fizikal bukanlah menjadi pokok utama. Apa yang penting adalah pembawakan diri anda dengan siapa ada keluar, bagaimana anda bercakap dengan orang lain dan keyakinan diri anda.

Anda hanya perlu menggunakan sifat semulajadi anda yang sebenarnya lebih menarik seperti contohnya senyuman anda dan sifat kelakar anda. Itu adalah lebih menarik berbanding pakaian anda dan lapisan mekap yang tebal di wajah.

Jom kita lihat apakah cara yang terbukti secara saintifik untuk tampil cantik yang boleh membuat diaplikasi dalam kehidupan.

Wanita-cantik

1. Berperwatakan kelakar

Berapa kali anda mendengar seseorang memberitahu anda ataupun anda memberitahu seseorang bahawa kriteria pasangan idaman adalah mereka yang mempunyai sifat kelakar? Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa wanita cenderung tertarik kepada lelaki yang boleh membuatkan mereka ketawa. Dari kajian tersebut, pakar psikologi membuat kajian keatas beberapa orang lelaki untuk membuat lawak bersama teman-temannya di kelab yang mana terdapat wanita yang duduk di meja sebelah. 

Dari kajian itu, ternyata lelaki yang pandai membuat kelakar itu cenderung tiga kali ganda lebih mudah memikat dan mendapat nombor telefon wanita tersebut berbanding mereka yang berperwatakan serius.


Mereka yang pandai membuat kelakar ini kebiasaannya seorang yang bijak dan pandai bersosial dan ini yang selalunya wanita inginkan pada pasangan mereka.

2. Keluar secara berkumpulan

Menurut satu kajian oleh University of California San Diego pada tahun 2014, seseorang akan kelihatan lebih baik jika duduk di dalam kumpulan. Ia adalah baik mempunyai teman karib yang selalu keluar bersama kerana kebiasaannya kumpulan ini mempunyai satu watak yang lebih kurang sama yang menggambarkan ciri-ciri kumpulan itu sendiri. Pasti kita akan keluar dengan sahabat-sahabat yang sekepala dan berperwatakan lebih kurang sama dengan kita.

gathering

Otak kita pula selalunya akan menangkap wajah-wajah individu di dalam satu kumpulan yang mana antara individu-individu di dalam satu kumpulan tersebut, pasti ada seseorang yang menarik pada pandangan mata kita. Rasanya, ia bukan sesuatu yang sukar untuk keluar bersama-sama teman-teman karib anda bukan.

3. Jauhkan dari perbualan kosong

Pada tahun 1997, seorang pakar psikologi, Arthur  Aronstate dari University of New York telah menjalankan satu kajian dengan membahagikan dua kumpulan dan memberikan mereka pasangan. Mereka kemudian diberi 45 minit untuk berbual dan bertanya tentang beberapa soalan kepada pasangan masing-masing. 

Dua set soalan disediakan yang mana kumpulan pertama disuruh bertanya tentang soalan-soalan biasa yang tidak terlalu dalam, manakala yang satu kumpulan lagi disuruh bertanyakan soalan yang lebih peribadi untuk mengenali pasangan itu.


Dari hasil kajian, mendapati bahawa mereka yang disuruh bertanya soalan yang lebih mendalam tentang diri pasangan membuatkan mereka berasa lebih rapat dan jatuh cinta.

Menurut penyelidikan dari Harvard pula, bercakap tentang diri anda membuatkan anda merangsang bahagian otak yang sama, berkaitan tentang hubungan seksual ataupun makanan yang baik.

4. Menjadi pemimpin

Menjadi pemimpin bukan bermakna anda perlu menjadi orang yang suka memerintah, tapi kebiasaannya orang sangat tertarik kepada kuasa.

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas satu kumpulan pada tahun 2014, mereka berpendapat bahawa seorang yang mempunyai kriteria pemimpin lebih kelihatan menarik daripada mereka yang terdiri daripada golongan biasa.

Begitu juga jika kita lihat di dalam sesuatu perusahaan, pekerja pasti memandang CEO sebagai orang yang menarik berbanding mereka yang berada di luar.

FpemimpinOTO

Setiap wanita mengidamkan sosok lelaki yang kelihatan berkaliber dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik untuk menjadi ketua keluarga dan mengemudi rumah tangga.

5. Pemurah dengan senyuman

Adakah anda mudah tertarik dengan orang yang sentiasa berwajah masam. Tentu tidak. Mereka yang berwajah manis dan sentiasa murah dengan senyuman pasti memberi satu ketenangan kepada mata yang memandang.


Dalam satu kajian yang dilakukan di Switzerland, dua eksperimen dijalankan yang mana, penyelidik mengkaji hubungan antara daya tarikan dan senyuman.

Mereka mendapati bahawa semakin kuat seseorang itu tersenyum, semakin menarik wajahnya kerana ekspresi wajah gembira susah untuk kelihatan tidak menarik.

6. Mempunyai binatang peliharaan

Pasti anda tertanya-tanya apa kaitannya. Tetapi sebenarnya ia benar-benar berkesan. Satu kajian dari University of Michigan menunjukkan bahawa jika seseorang wanita cuba mengenali seorang lelaki dan membaca tentang diri mereka, wanita akan mudah tertarik kepada lelaki yang memiliki binatang peliharaan.

kucing

Ini kerana, ia menggambarkan bahawa lelaki tersebut mempunyai sifat penyayang dan bertanggungjawab kerana mampu mengasuh dan memberi komitmen jangka panjang. Lelaki yang mempunyai bintang peliharaan membuat mereka kelihatan santai, mudah didekati dan bahagia.

7. Bersikap baik

Orang yang mempunyai sikap yang baik dan suka berbuat baik kepada orang lain selalunya akan kelihatan menarik secara semulajadi. Bersikap baik kepada orang lain merupakan sifat yang mulia ini dan mampu membuatkan orang menyukai anda walau dimana sahaja anda berada.

Dalam satu kajian Cina pada tahun 2014 yang dilakukan ke atas 120 orang, mereka diceritakan tentang seseorang yang mempunyai sifat yang baik, dan ini membuatkan mimik wajah mereka yanh mendengar berubah menjadi lebih menarik.


Ini kerana aura positif itu tersebar kepada kelompok ini dan menyebabkan raut wajah yang lebih manis dan gembira terserlah selepas mendengar tentang suatu cerita yang positif, manakala apabila diceritakan tentang personaliti yang mempunyai watak yang tidak baik membuatkan wajah mereka berubah muram dan marah.

Aura negatif ini menyebabkan wajah yang tidak menarik terpancar daripada wajah mereka. Ini yang boleh kita gambarkan bagaimana personaliti seseorang itu boleh mempengaruhi daya tarikan pada wajah.

8. Mempunyai kewangan yang lebih stabil dan tempat tinggal selesa

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Cardiff metropolitan University yang mana gambar seorang lelaki yang sedang santai di pangsapuri mewah dan gambar seorang lagi lelaki yang tinggal di pangsapuri biasa diambil.

kondominium

Dari dua gambar ini, gambar yang mendapat lebih banyak pilihan adalah gambar lelaki yang duduk di pangsapuri mewah kerana lelaki yang kelihatan berkemampuan ini mempunyai satu daya tarikan yang membuatkan seorang wanita berasa selamat.

Walaupun pahit, hakikatnya kebanyakan wanita menginginkan seorang lelaki yang mampu menjaga keluarga dari segi kewangan dan memberikan kehidupan yang selesa untuk membina masa depan.

9. Pandai bermain musik dan mencipta lagu

Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014 ke atas 1500 wanita dalam lingkungan usia rata-rata 28 tahun yang mana mereka diminta mendengar muzik yang sederhana dan lagu yang kompleks. Mereka mendapati ramai wanita lebih menyukai musik yang kompleks.


Sebenarnya kebanyakan wanita sangat suka dan tertarik kepada lelaki yang pandai menyanyi, bermain musik dan juga pandai mencipta lagu lebih-lebih lagi  dengan lagu tersebut menggambarkan cinta dan kasih sayang mereka pada seseorang. 

Oleh itu, sebenarnya pada dasarnya, tidak perlu terlalu sibuk untuk mengenakan pakaian yang cantik,mengikut peredaran dan membuang masa berjam-jam untuk bersolek untuk cuba kelihatan menarik.

Apa yang penting adalah keyakinan diri anda untuk menunjukkan diri anda yang sebenar dan menjadi diri sendiri. Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, jangan sembunyikannya kerana anda punyai kecantikan dalaman yang perlu dihargai dan itu adalah lebih penting. — EdisiRakyat.com, 28 November 2020 

Catat Komen

0 Ulasan