Sarapan tanpa gosok gigi sama seperti makan 10g najis — kajian

BERSARAPAN tanpa menggosok gigi terlebih dahulu sudah menjadi amalan kebanyakan orang. Ramai orang yang suka terus bersarapan selepas bangun tidur, dan hanya menggosok gigi selepas itu.


Sebenarnya mereka patut menggosok gigi sebelum atau selepas bersarapan? Menurut doktor gigi, kajian mendapati bakteria membiak di dalam mulut pada waktu malam.

Jika anda bersarapan tanpa memberus gigi terlebih dahulu, ia sama seperti makan tahi seberat 10 gram.

Godok Gigi

Doktor gigi dari Jepun, Yuichiro Ogaki, menulis dalam bukunya berjudul "Detoxification Diet for No Sickness," bahawa semasa tidur, jumlah rembesan air liur berkurangan, ia memberi kesan langsung kepada pengurangan kadar pembersihan mulut, sekali gus menyebabkan pembiakan bakteria.

Berdasarkan kajian, jumlah bakteria yang membiak semasa tidur lebih kurang sama dengan jumlah bakteria di dalam 10 gram tahi atau najis.


Oleh itu siapa yang bersarapan tanpa menggosok gigi terlebih dahulu sama seperti memakan 10 gram najis.

Tambahan pula kebanyakan bakteria yang membiak di persekitaran kering adalah bakteria yang buruk, yang boleh melemahkan perut.

Selepas bakteria buruk ini masuk ke dalam perut bersama makanan dan sampai di usus, ia akan menyebabkan kerosakan pada keseimbangan flora usus, seterusnya menyumbang kepada penurunan pertahanan badan, dan rembesan serotonim yang tidak normal.

Oleh sebab itu, Yuichiro Ogaki menasihatkan orang ramai tidak kira pada waktu sarapan makan tengah hari ataupun makan malam, adalah lebih baik untuk menggosok gigi terlebih dahulu bagi menyingkirkan plak pada permukaan gigi.


Katanya lagi, individu yang seharian di bawah tekanan kerja atau pembelajaran, mempunyai air liur yang menjadi tebal di mana bakteria akan meningkat di bawah pengaruh saraf simpatetik.

Ditambah boleh dengan meminum kopi dan memakan manisan seharian, sejumlah besar kotoran terkumpul dalam makanan terperangkap pada gigi. — EdisiRakyat.com, 18 November 2020

Post a comment

0 Comments