Dari mana datangnya habuk di rumah kita?

PERNAH tak anda tertanya-tanya dari mana datangnya habuk di rumah anda? Pasti letih kan bilamana anda perlu kerap membuang habuk di rumah lebih-lebih lagi di bahagian yang tersorok. Kadang-kala terasa pelik bila baru sahaja anda mengemas rumah dan mengelap perhiasan rumah, anda terperasan habuk sudah melekat di perhiasan rumah anda.


Jika diamati, kadangkala habuk itu berkumpul bersama gumpalan rambut gugur dan bangkai serangga. Itu merupakan kandungan yang zahir dari pandangan mata, tapi bagaimana pula debu halus yang melekat di perabot dan lantai rumah? Apakah ia?

Menurut beberapa kajian dari luar negara, Saintis dari Arizona mendedahkan penemuan mereka tentang kehadiran habuk.

Kebanyakkan habuk yang terdapat di dalam rumah seperti di permukaan perabot dan di atas lantai kebanyakan datang dari luar rumah.

Dalam kajian itu,  David Lyton  dan Paloma Beamer mendedahkan bahawa habuk yang terdapat di dalam rumah mengandungi zarah-zarah sel kulit mati yang terhasil dari manusia, cebisan dari kain permaidani dan lapisan perabot yang terhakis, debu-debu tanah dan zarah-zarah yang diterbangkan udara dari luar ke dalam rumah.

TAG

Ia mengandungi zarah logam, seperti plumbum dan boleh jadi mengandungi bahan logam yang boleh membahayakan.

Oleh itu, amatlah penting untuk sentiasa memastikan rumah kita bebas dari habuk kerana dikhuatiri terdedah kepada anak-anak kecil dimana mereka berisiko mengutip dan menjilat mainan yang jatuh di atas lantai dan perabot yang kotor yang boleh membahayakan kesihatan mereka.


Perkara ini dapat dikaji dan dijelaskan apabila para saintis membangunkan sebuah model komputer berdasarkan persamaan matematik dengan menjadikan beberapa buah rumah di Midwest Amerika Syarikat  sebagai bahan ujikaji. Melalui beberapa siri kajian, mereka dapat mengesan penyebaran tanah tercemar dan zarah yang disebarkan oleh angin dari luar ke dalam kediaman.

Menurut kajian itu, lebuh 60 peratus habuk itu berasal dari luar yang merangkumi arsenik dari persekitaran dan selebihnya dari tanah yang bertentangan.

Apa yang menarik tentang model ini adalah ia boleh digunakan untuk menilai kaedah untuk mengurangkan pencemaran dalam habuk dan apa yang berkaitan dengan pendedahan habuk kepada manusia.


Model tersebut boleh memantau beberapa faktor yang mempengaruhi kuantiti habuk berdasarkan faktor bilangan individu yang berada di dalam rumah, kekerapan mereka berada di dalam rumah dan jumlah habuk yang menempel di pakaian mereka.

Kajian itu juga menunjukkan berjalan di dalam rumah menyebabkan habuk di atas lantai berterbangan dan berpindah ke kawasan lain. Ini dapat diatasi dengan kekerapan menggunakan vakum pembersih dan penyedut hampagas.


Menurut Paloma Beamer yang merupakan pembantu profesor di College Of Public Health, University of Arizona, "sangat sulit untuk kita menyatakan berapa kerap perlu membersihkan debu untuk melindungi orang di dalam rumah, tetapi dengan model ini dapat membantu mengenal pasti seberapa kerap habuk perlu dibersihkan" katanya.

Apa yang lebih baik buat kita adalah mencari cara untuk menghalang kemasukan habuk ke dalam kediaman daripada meningkatkan kekerapan membuang habuk. — EdisiRakyat.com, 25 November 2020 

Post a Comment

Previous Post Next Post