Buaya haiwan yang setia kepada pasangan — kajian

PERIBAHASA 'buaya darat' merujuk kepada lelaki jenis 'playboy' yang tidak setia kepada pasangan, suka mengambil kesempatan dan gemar mempermainkan perasaan kaum wanita. 

$ads={1}

Namun dalam dunia realiti, berdasarkan kajian yang pernah dibuat, dan disiarkan dalam terbitan Molecular Ecology, buaya sebenarnya merupakan sejenis haiwan yang sangat setia kepada pasangannya.

Sarang Buaya

Dapatan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik selama 10 tahun dari tahun 1995 hingga 2005, mereka mendapati pasangan buaya yang pernah mengawan pada tahun 1997 masih lagi mengawan dan tinggal dalam sarang yang sama pada tahun 2005.

Pasukan penyelidik itu diketuai oleh beberapa orang pakar iaitu Dr Travis Glenn, Ruth Elsey, Tracey Tuberville dan Stacey Lance.

Mereka mengambil masa selama 10 tahun meneliti sarang-sarang buaya liar di Jabatan Hidupan Liar Louisiana, dan kawasan Perlindungan Hidupan Liar Rockefeller di Louisiana, Amerika Syarikat untuk mengkaji corak bagaimana sistem reptilia itu mengawan.

Mereka menggunakan kaedah menangkap semula buaya-buaya yang sudah ditandai sebelum itu. Tujuannya itu memerhatikan tingkah laku setiap buaya sepanjang setiap kali musim mengawan tiba untuk memeriksa jika wujud ikatan antara pasangan dan kesetiaan di kalangan haiwan-haiwan itu.

Populasi buaya-buaya itu sangat terbuka dan padat, pada peringkat awal mereka tidak menjangka akan bertemu dengan pasangan buaya yang setia di habitat seperti itu.

Penemuan itu memberikan pemahaman baru terhadap sistem mengawan yang kompleks di kalangan buaya. 

$ads={2}

Biasanya haiwan jenis reptilia tidak memiliki sikap kekeluargaan, namun berbeza dengan buaya, ia menunjukkan tingkah laku kekeluargaan yang baik, di mana pasangan buaya tinggal dalam sarang yang sama dan mengasuh anak-anak mereka dan juga mempertahankan sarang dari ancaman luar.

Buaya-buaya betina sering bergerak bebas dalam habitat tersebut dan dikelilingi oleh banyak buaya-buaya jantan, sekaligus ia berpotensi untuk bertemu dengan pasangan baru.

Namun setiap kali musim mengawan, ia tetap memilih untuk mengawan dengan pasangan yang sama dan corak mengawan seperti itu menyerupai kebanyakan spesis burung.

Justeru peribasa 'buaya darat' nampaknya tidak sesuai menggambarkan sikap individu yang tidak setia, kerana hakikat sebenarnya buaya adalah haiwan yang setia kepada pasangan. — EdisiRakyat.com, 20 Januari 2021

2 Comments

  1. Maknanya lepas ni kalau anda kaum lelaki diberi gelaran buaya darat, jangan marah itu bukan satu penghinaan sebaliknya satu pujian sebagai seorang lelaki yang setia kepada pasangannya =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap setia buaya memang tidak dapat dinafikan, tapi jangan lupa buaya ada satu lagi sikap dan sifat semulajadi yang berbahaya iaitu dia suka 'membaham"

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post