Kisah cinta dan skandal Albert Einstein semasa hidup

ALBERT Einstein terkenal namanya di seluruh dunia sampai ke hari ini kerana mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Banyak hasil kajiannya yang telah menyumbang kepada kemajuan dunia sains moden.



Namun mungkin tidak ramai orang tahu tentang sejarah cinta dan skandal pernah dilalui dalam hidupnya yang tidak kurang menarik untuk diketahui.

Albert Einstein and Mileva Maric

Sisi lain hidup Einstein ini mula diketahui umum selepas tersebarnya pelbagai surat yang ditulis olehnya yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini. 

Hampir 1,400 pucuk surat telah didedahkan pada tahun 2006 sekaligus memberikan gambaran yang lebih jelas tentang hubungan pencipta teori relativiti itu dengan kedua-dua isteri dan keluarganya.

Mari kita mulakan ketika zaman Einstein masih di zaman sekolah menengah. Selepas meninggalkan Jerman dan berhijrah ke Switzerland, seorang profesor bernama Winterler telah bersetuju untuk tinggal bersama Einstein.

Ketika tinggal bersama profesor berkenaan, Albert Einstein mula berkenalan dengan anak gadisnya yang bernama Mary, mereka berdua telah jatuh cinta.

Berikut antara ayat-ayat cinta yang ditulis oleh Albert Einstein kepada Mary:



"Perkara terbaik di dalam dunia ini ialah apabila kamu bergerak pada kelajuan cahaya bersebelahan dengan gelombang, itulah diriku, aku sepertinya telah beku di dalam waktu," dan "aku akan ciptakan formula yang boleh membekukan masa, supaya kamu tidak akan kehilanganku,"

Selepas mendapati mereka hangat bercinta, kedua Ibu bapa mereka menjangkakan hubungan Albert Einstein dan Mary akan membawa ke alam perkahwinan, namun selepas Einstein melanjutkan pelajaran ke kolej, segalanya berubah.

Selepas melanjutkan pelajaran ke universiti, Albert Einstein bertemu dengan Mileva Maric, satu-satunya gadis di pusat pengajian itu.

Mileva memiliki personaliti yang romantik dan IQ yang sangat tinggi. Mileva bercita-cita untuk menjadi seorang saintis dan kerana itu dia bertegas tidak mahu berkahwin itulah yang membuatkan Einsten semakin terpikat dengannya.

Mileva juga sering menemani Einstein ketika dia membuat kajian tentang teori relativiti. Prestasi Mileva dalam matematik dan fizik membuatkan Einstein sangat tertarik dengannya, perlahan-lahan dia semakin melupakan Mary, dan jatuh cinta kepada Mileva.

Hubungan cinta Einstein dengan Mileva membawa kepada perkahwinan, dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun selepas berkahwin Einstein mula merasakan isterinya berubah menjadi konservatif, membuatkan dia mula merasa bosan dengan perkahwinan itu.

Semasa perang dunia pertama, Einstein jatuh cinta pula dengan sepupunya Elsa Lowenthal. Selepas tidak tinggal sebumbung dengan Mileva, Einstein pernah jatuh sakit dan dia telah dijaga oleh Elsa. Inilah yang membuatkan Einstein mengambil keputusan untuk menceraikan Mileva.

Namun selepas menceraikan Mileva, Einstein tidak terus mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Elsa, kerana dalam masa yang sama Einstein turut jatuh cinta kepada anak perempuan Elsa.


Elsa tahu bahawa Einstein sukakan anak perempuannya. Kata Elsa: "Tidak mengapa jika engkau mahu bersama dengan perempuan lain, selagi engkau masih menghormati aku,"

Akhirnya Einstein berkahwin dengan Elsa. Namun selepas berkahwin, dia bukanlah seorang suami yang setia kepada perkahwinan sebaliknya dia membuat hubungan gelap dengan setiausaha peribadinya Betty, malah membawa Betty pulang ke rumah untuk tinggal bersama Elsa.

Albert Einstein and Elsa

Berdasarkan surat-surat yang ditulis oleh Albert Einstein, Betty merupakan salah seorang daripada ramai lagi wanita yang menjalinkan hubungan intim dengannya.

Namun selepas kematian Elsa dalam tahun 1936, Einstein tidak pernah lagi berkahwin sehinggalah kematiannya dalam tahun 1955.

Mungkin bagi seorang ilmuan hebat seperti Albert Einstein, mencipta formula cinta jauh lebih sukar daripada mencipta formula saitifik — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2021.

Sumber nytimes.com | biography.com | theguardian.com

Catat Komen

0 Ulasan