Kucing dan anjing perlu vaksin untuk cegah Covid-19 kata penyelidik

SEKUMPULAN saintis menyarankan kucing dan anjing mungkin perlu diberikan suntikan vaksin Covid-19 bagi mencegah penyebaran virus itu.

$ads={1}
Menurut kumpulan pakar dari University of East Anglia (UAE), makmal kajian Earlham Institute dan University of Minnesota itu, coronavirus boleh merebak kepada pelbagai jenis haiwan termasuk kucing, anjing, cerpelai dan pelbagai haiwan peliharaan lain.

kucing dan anjing

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal Virulence, mereka memberi amaran evolusi berterusan virus tersebut di dalam badan haiwan-haiwan berkenaan diikuti dengan penyebarannya kepada manusia mendedahkan kepada risiko jangka panjang kepada kesihatan awam.

Justeru menurut mereka suntikan vaksin kepada sebilangan spesies haiwan-haiwan peliharaan mungkin perlu dilakukan untuk mengekang penyebaran jangkitan.

Tahun lalu kerajaan Denmark telah membunuh jutaan cerpelai selepas munculnya ratusan kes jangkitan Covid-19 di negara itu berpunca daripada ternakan cerpelai.

Salah seorang penulis jurnal berkenaan, Cock van Oosterhout, profesor bidang Genetik Evolusi dari UAE berkata, anjing dan kucing boleh dijangkiti coronavirus, namun tidak ada kes diketahui di mana ia merebak semula kepada manusia.

"Ia masuk akal untuk membangunkan vaksin bagi haiwan kesayangan, haiwan ternakan, sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko," katanya.

"Apa yang kita perlu sebagai seorang anggota masyarakat, kita sangat perlu bersiap sedia kepada sebarang kemungkinan berkaitan Covid,"

$ads={1}
"Saya rasa jalan terbaik untuk melakukan ini ialah dengan memikirkan pembangunan vaksin-vaksin untuk haiwan juga,"

"Apa yang menarik, Rusia sudah mula membangunkan sejenis vaksin untuk haiwan kesayangan, namun tidak banyak informasi tentangnya,"

Kevin Tyler, Ketua Editor di Virulence pula berkata: "Kucing asimptomatik, namun mereka turut dijangkiti dan seterusnya boleh menjangkiti manusia,"

"Risikonya adalah, selagi terdapat perumah ini, dan ia (virus) mula dipindahkan seperti yang terjadi kepada cerpelai, dari haiwan kepada haiwan, seterusnya mula berevolusi menjadi varian spesifik kepada haiwan, seterusnya kembali kepada populasi manusia dan anda akhirnya mendapat virus baru dan segala yang telah terjadi berulang semula,"

Katanya lagi meskipun banyak cerpelai telah dibunuh di Denmark, "Jika anda fikir mahu menternak haiwan, haiwan peliharaan, maka ada perlu fikir sama ada perlu menyuntik vaksin bagi menghentikannya daripada berlaku,"

Tambahnya: "Ia belum lagi menunjukkan risiko yang jelas,"

$ads={2}
"Evolusi berterusan virus di dalam haiwan yang menjadi perumah, diikuti oleh jangkitan kepada perumah manusia yang terdedah, memberikan risiko jangka panjang kepada kesihatan awam,"

"SARS-CoV-2 boleh menjangkiti pelbagai spesies perumah, termasuk kucing, anjing, cerpelai dan lain-lain spesies liar dan ternakan, maka suntikan vaksin kepada haiwan ternakan mungkin diperlukan untuk menyekat evolusi lanjut virus tersebut sebelum ia menjangkit semula,"

"Meskipun kempen pemvaksinan SARS-CoV-2 sedang dijalankan seluruh dunia, varian baru virus akan terus berevolusi mempunyai potensi menyapu seluruh populasi manusia."

Menurut mereka lebih banyak varian virus yang boleh merebak, seperti varian UK, memerlukan lebih ramai orang menerima suntikan vaksin bagi mengawal coronavirus. — EdisiRakyat.com, 26 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post