Wabak misteri yang membunuh lebih 250,000 penduduk Greek

Lebih 250,000 penduduk Greek purba mati akibat jangkitan wabak misteri yang sampai ke hari ini tidak diketahui identiti dan puncanya. alert-info

ISTILAH seperti 'epidemik' dan 'pandemik' yang berasal dari perkataan Greek, kini menjadi sebahagian daripada perbualan harian kita, susulan masyakat dunia hari ini sedang bergelut dengan wabak coronavirus (Covid-19).

$ads={1}

Kehadiran wabak ini membuatkan kita sedar betapa lemah dan rapuhnya manusia berdepan dengan virus pembawa maut seperti itu. Pelbagai kerajaan di seluruh dunia kini melakukan pelbagai usaha untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Namun jika kita imbas catatan sejarah dunia, kewujudan wabak maut seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. Banyak tamadun-tamadun purba seperti Greek, pernah dilanda oleh jangkitan penyakit yang merebak secara meluas di seluruh wilayah pemerintahannya.

Pada sekitar tahun 430 sebelum masehi, tamadun purba Greek berada pada "zaman keemasan" di bawah pemerintahan Pericles. Namun ketika itu munculnya sejenis penyakit misteri, merebak di seluruh Kota Athen. Penyakit itu kemudiannya dikenali sebagai "Wabak Athens" di mana hampir satu pertiga penduduk terkorban selepas dijangkiti penyakit itu.

Athens' Plague

Epidemik itu juga menjadi faktor utama kekalahan Empayar Greek ketika berdepan dengan serangan tentera Sparta yang lemah pada tahun 404 BC. 

Budaya kehidupan dan politik Greek juga berubah sejak peristiwa berkenaan. Punca dan identiti sebenar wabak maut itu sampai ke hari ini masih diperdebatkan oleh pakar-pakar jangkitan penyakit.

Bagaimana 'wabak misteri' itu bermula?

$ads={1}
Sekitar 2500 tahun yang lalu, pada tahun 430 BC, Kota Athens sedang berada di kemuncak kekuasaan. Satu era di mana warganya mempunyai taraf hidup yang tinggi dan penuh dengan kemegahan.

Namun kedaulatan Athens di wilayah Mediterranean dan Laut Aegean agak rapuh dan bergolak, manakala Athens pula sedang berperang dengan Sparta, perbalahan saudara yang kemudiannya dikenali sebagai "Perang Peloponnesian". Inilah suasana yang menjadi latar kepada peristiwa wabak misteri itu.

Perang Peloponnesian

Pada musim panas tahun 430 BC muncul sejenis wabak misteri menjangkiti warga Athens, di mana gelombang keduanya pula muncul pada tahun 428 BC. Peristiwa itu hampir memusnahkan populasi Athens.

Sejumlah 250,000 hingga 300,000 orang maut termasuk Jeneral terkenal Pericles, isteri dan anak-anaknya. Penyakit itu terus merebak ke seluruh Greece dan Timur Mediterranean sebelum beransur hilang menjelang musim sejuk tahun 426 BC.

Seorang sejarawan Greek bernama Thucydides ada merekodkan secara terperinci betapa dahsyatnya bencana wabak itu dalam catatannya berhubung "Perang Peloponnesian".

Thucydides sendiri merupakan salah seorang yang turut dijangkiti, namun masih mampu bertahan. Dalam catatanya ada menceritakan peringkat awal munculnya wabak tersebut.

Berdasarkan tulisannya, wabak misteri itu mungkin berasal dari benua kecil padang pasir Sahara di Afrika sebelum merebak ke seluruh utara dan barat menerusi Mesir dan Libya, seterusnya melintasi laut Mediterranean menuju ke Parsi dan Greek.

Wabak misteri itu mula masuk ke Athens menerusi pelabuhan Piraeus dan tersebar ke wilayah-wilayah lain secara meluas. Thucydides turut menulis secara terperinci butiran simptom-simptom dan menceritakan dengan jelas pelbagai penderitaan dialami oleh pesakit.

Apa simptom wabak misteri itu?

$ads={2}
Antara simptom yang dialami oleh pesakit ialah, demam, rasa dahaga yang melampau, bintik-bintik pada badan, sakit perut, dan cirit-birit melampau sehingga mengakibatkan kematian. Majoriti pesakit tidak dapat tidur, serta mengalami keletihan akibat tidak mendapat rehat secukupnya.

Kebanyakkan pesakit akan mati dalam masa tujuh hingga sembilan hari selepas simptom-simptom itu mula kelihatan. Manakala mereka yang mampu bertahan pula, seringkali mengalami buta, hilang ingatan, kecacatan alat kelamin, jari-jari tangan dan kaki.

Para doktor ketika itu telah melakukan pelbagai prosedur rawatan, namun tidak ada satupun memberi kesan. Kadar kematian di kalangan doktor dan perawat merupakan antara yang paling tinggi disebabkan mereka sering bersentuhan dengan pesakit. Ini menunjukkan penyakit misteri itu jelas sekali mudah berjangkit. 

Tidak seperti hari ini, ketika zaman Greek, ilmu pengetahuan penyakit berjangkit masih sangat cetek, tidak ada perkakas dan kelengkapan perlindungan diri untuk para doktor dan perawat disediakan.

Peristiwa wabak itu telah mengubah landskap budaya dan politik masyarakat Athens secara total. Keseimbangan kuasa juga turut berubah selepas ramai golongan kaya yang mati manakala harta dan kekayaan mereka diwariskan kepada sanak saudara yang masih hidup meskipun berasal dari kelas bawahan.

$ads={2}
Selain itu perlakuan sosial masyarakat juga berubah. Mereka menjadi tidak takut kepada undang-undang, dan enggan berkelakuan sopan kerana percaya umur mereka sudah tidak panjang untuk menjaga nama baik dan reputasi.

Semua ini menyumbang kepada terjejasnya kedaulatan dan kemampuan Athens untuk berkembang atau sekurang-kurangnya pulih semula kepada kegemilangannya sebelum itu.

Kehilangan ramai pemimpin hebat, kemerosotan teruk sumber manusia, ditambah dengan keadaan tentera yang hilang motivasi membawa kepada kelemahan pentadbiran menjejaskan keputusan ketenteraan.

Inilah punca utama Athens tewas di tangan tentera Sparta, seterusnya jatuh teruk dari kekuasaan besar dimiliki di seluruh Greek sebelum ini.

$ads={2}

Teori dan hipotesis para penyelidik

Pengertian saintifik berhubung punca wabak tersebut sampai ke hari ini masih menjadi tanda tanya di kalangan pakar. Berdasarkan catatan Thucydides, ramai ilmuwan seluruh dunia memberikan teori-teori dan hipotesis. Namun masih gagal mengenal pasti identiti virus yang melanda Athens itu.

J.F.D Shrewsbury dalam bukunya "Plague of Athens," menyifatkan penyakit itu sebagai unik kepada Athens dan telah menyenaraikan pendapat-pendapat pelbagai pakar sejak tahun 1940 an, yang cuba mengenal pasti wabak misteri itu.

Antara penyakit yang disenaraikan oleh kebanyakan pakar ialah, thypoid, wabak bubonik, campak atau kombinasi dari semua wabak berkenaan.

Namun Shrewsbury menyingkirkan campak dan thypod daripada senarai yang mungkin kerana tidak ada bukti yang menyokong dakwaan itu. Wabak Bubonik juga disingkirkan selepas itu.

Akhirnya sejenis wabak seperti pneumonia yang telah membunuh sejumlah 60,000 orang di Manchuria dipercayai sebagai identiti wabak misteri tersebut.

$ads={2}
Namun, ramai pakar masih sangsi dengan teori itu kerana Thucydides tidak pernah mencatatkan simptom batuk, dan muntah darah seperti yang dialami pesakit-pesakit di Manchuria.

Mungkin sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat mengenal pasti wabak apa sebenarnya yang telah melanda Greek suatu masa dahulu. Apa yang jelas kemunculannya telah mengubah lanskap sejarah dan budaya hidup masyarakat dunia, sama seperti wabak Covid-19 yang sedang kita hadapi hari ini. — EdisiRakyat.com, 25 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post