Rita Gabiola dari pengemis jalanan jadi selebriti terkenal selepas gambarnya viral

TUAH manusia tiada siapa boleh menduga, itulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 13 tahun, berbangsa Bajau, Rita Gabiola yang tinggal di Manila, Filipina. Dari seorang pengemis akhirnya menjadi selebriti terkenal.

$ads={1}

Rita Gabiola berasal dari sebuah keluarga miskin di Zamboanga. Disebabkan desakan hidup, keluarganya telah berhijrah ke Manila untuk mendapatkan peluang mencari rezeki.

Rita Gabiola

Bapanya Danny Gabiola bekerja sebagai seorang pengutip sampah, manakala ibunya Marites Gabiola hanya seorang suri rumah sepenuh masa, namun turut membantu mendapatkan wang dengan meminta sedekah dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk memenuhi tuntutan hidup mereka

Bekerja sebagai pengutip sampah bukanlah pilihannya, namun apakan daya hanya itu sahaja kebolehan yang ada pada Danny untuk menyara keluarga. Mereka hidup di bawah paras kemiskinan di Filipina.

Selama 4 tahun di Manila, Rita seringkali terpaksa keluar meminta sedekah sebagai pengemis di jalanan terutama ketika cuti sekolah.

Hasil mengemis itu sedikit sebanyak boleh membantu kedua ibu bapanya membiayai persekolahan selain membantu meringankan beban keluarga untuk membeli keperluan harian

$ads={2}

Namun tanpa disangka nasibnya tiba-tiba berubah selepas gambarnya tular menjadi sensasi di media sosial, seterusnya hidup Rita berubah menjadi selebriti terkenal menerima banyak tawaran dari pelbagai syarikat hiburan.

Kisahnya bermula dalam bulan May tahun 2016, ketika itu sedang berlangsung Pesta Pahiyas di Filipina. Mengambil peluang sempena cuti sekolah, dan kehadiran orang ramai yang menyambut perayaan, Rita keluar meminta sedekah di tepi jalan sambil menggendong adiknya di pinggang menggunakan kain, kerana baginya kesempatan seperti itu tidak selalu datang.

Rita Gabiola

Ketika itulah seorang jurugambar bernama Topher Quinto Bugos yang kebetulan hadir di lokasi berkenaan untuk mengambil gambar pesta tersebut, tiba-tiba terserempak dengan Rita.

Quito yang tertarik dengan kecantikan semulajadi  dimiliki Rita, secara diam-diam telah mengambil beberapa keping gambarnya, sebelum memuat naik gambar-gambar itu ke internet.

Gambar itu kemudian viral dan menjadi sensasi di media sosial sekaligus menarik perhatian ramai netizen yang memuji 'natural beauty' yang dimiliki oleh Rita.

Rita seterusnya menerima gelaran baru selepas kelompok netizen yang sama bangsa dengan Rita memberikan gelaran "Badjao Girl" (Gadis Bajau) kepadanya.

Rita juga mendapat perhatian ramai model-model termasuk ratu cantik Filipina, yang kemudiannya berjanji untuk membantunya keluar dari belenggu kemiskinan.

Ratu Cantik Filipina 2015, Hillarie Danielle Parungao dan Ratu Cantik Filipina 2014, Bianca Guidotti termasuk Ratu Cantik Dunia Angelia Ong telah memuat naik gambar-gambar Rita di media sosial sambil memuji-mujinya kerana memiliki fizikal seorang model, dengan ciri-ciri garisan wajahnya yang ketara sekaligus menjadikan Rita mendapat lebih banyak perhatian.

Gadis berusia 13 tahun itu seterusnya telah ditemuramah oleh pelbagai media, seterusnya bukan sahaja menerima tawaran modeling dari pelbagai jenama fesyen terkenal, malah turut diberikan peranan dalam siri televisyen.

Rita

Rita kemudian menjadi gadis paling muda beraksi dalam rancangan realiti TV antarabangsa Big Brother. Sensasi yang diterimanya di media sosial membuatkan rancangan itu meraih lebih ramai penonton sekaligus Rita menjadi aset berharga program berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post