Intan Syari teruskan majlis kahwin walau tunang maut dalam nahas Lion Air

WANITA Indonesia, tunang kepada salah seorang mangsa yang maut dalam nahas Lion Air berdekatan Jakarta baru-baru ini, meneruskan majlis perkahwinan yang telah dirancang bersama sebelum ini bagi memenuhi hasrat terakhir tunangnya.

Intan Syari

Intan Syari, berusia 26 tahun seorang kakitangan hospital dan Rio Randa Pratama yang maut seorang doktor perubatan, telah mengupah seorang jururunding majlis bernama "Adiela" dan berhasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 11 November.

Rio, berusia 26 tahun, antara 189 mangsa yang menaiki pesawat Lion Air JT610 sebelum ia terhempas 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober. Pesawat itu dijadualkan menuju ke Pangkal Pinang, Rio dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu mesyuarat di Jakarta.

Nahas itu disifatkan paling buruk terjadi di Indonesia sejak nahas pesawat Garuda Indonesia yang terhempas di Medan dalam tahun 1997 mengakibatkan kematian sejumlah 234 penumpang.

Intan mengirim beberapa gambar majlis perkahwinan yang diteruskan tanpa pasangan sambil memberitahu,

Sebelum berangkat ke Jakarta untuk menghadiri mesyuarat, Rio telah bergurau dengannya,

"Jika aku tidak pulang pada 11 November, teruskan pakai pakaian pengantin kamu yang telah aku pilih, pakai solekan yang cantik, minta ros putih dari Sheila (pengurus majlis) dan tangkaplah gambar yang baik. Kemudian hantar gambar-gambar itu kepada aku,"

Gambar Intan pada majlis 11 November memakai persalinan dan tudung putih sambil memegang sejambak bunga ros, menjadi tular (viral) di media sosial di Indonesia. Salah satu ialah gambar Intan menunjukkan cincin perkahwinannya kepada camera.

Intan Syari

"Ada kesudahan yang aku tak dapat luahkan, namun aku perlu tersenyum untuk kamu. Aku tidak perlu bersedih, harus tetap kuat seperti yang selalu kamu katakan kepadaku, I love U Rio Nanda Pratama sayang," tulisnya.

Dalam satu lagi gambar bersama adik tunangnya yang dikongsikan, Intan menulis

"Walaupun kamu tak disampingku kelmarin, tapi adikmu setia menemaniku menjalankan permintaan terindah terakhir darimu, aku tahu kamu bahagia di sana dalam keadaan yang pasti banyak didambakan semua orang, ketahuilah cinta kami tak akan berkurang sedikit pun untuk mu kami menyayangi mu selamanya,"

Intan dilapor mendedahkan umur tunangnya kepada The Strait Times. Tunangnya itu seorang doktor perubatan di hospital Bakti Timah di Pangkal Pinang, manakala Intan sendiri turut bekerja di situ di bahagian kewangan. — EdisiRakyat.com, 14 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post