Cara mudah kurangkan kedutan di bawah mata

KEDUTAN merupakan satu proses semula jadi penuaan, terutama di bahagian bawah mata, muka, leher, tangan dan lengan. Namun segelintir orang lebih terdedah kepada kedutan disebabkan terdedah kepada matahari atau lain-lain faktor.

Kedutan di bawah mata

Meskipun genetik faktor utama yang menentukan struktur kulit dan teksturnya, pendedahan kepada matahari merupakan punca utama kedutan terutama bagi individu yang berkulit cerah. Pencemaran dan asap juga menyumbang kepada kedutan.

Sesetengah orang boleh menerima kehadiran kedutan pada diri mereka, namun sekiranya ia mengganggu anda, terutama kedutan di bawah mata, ada beberapa perkara boleh dilakukan bagi mengurangkan kedutan yang merunsingkan  itu.

1. Lindungi kulit anda dari matahari — Melindungi kulit, boleh mengurangkan ia daripada berkedut. Kurangkan masa terdedah di bawah matahari dan sentiasa pakai pakaian yang melindungi kulit, seperti topi lebar, baju lengan panjang dan cermin mata hitam.

Gunakan pelindung matahari ketika di luar rumah, walaupun semasa cuaca mendung. Akademi Dermatology Amerika Syarikat, menyarankan agar gunakan pelindung matahari yang berspektrum luas dengan SPF 30 atau lebih.

Lumurkan pelindung matahari dengan lembut, dan lumurkan semula setiap 2 jam, atau lebih kerap sekiranya anda sedang terlibat dengan aktiviti berenang atau mudah berpeluh.

Gunakan produk-produk yang sedia ada mempunyai pelindung matahari — Ketika memilih produk-produk penjagaan kulit, pilih produk yang sedia ada mempunyai pelindung matahari dengan spektrum yang luas, ini bermakna ia menghalang kedua-dua sinaran UVA dan UVB.

2. Gunakan pelembap kulit — Kulit kering mengecutkan sel-sel kulit yang montok, yang boleh mengakibatkan kewujudan garis-garis halus pramatang dan kedutan.

Meskipun pelembap tidak boleh menghalang proses kedutan daripada terjadi, namun ia mungkin boleh menutup garisan garisan dan lipatan halus kulit dari pandangan mata pemerhati.

3. Jangan merokok — Walaupun telah bertahun lamanya anda merokok, atau seorang yang kuat merokok, anda masih boleh menambahbaik tone kulit dan teksturnya, juga mencegah kedutan yang lebih teruk jika anda sanggup berhenti merokok.

4. Makan makanan yang sihat — Terdapat beberapa jenis vitamin yang terbukti boleh membantu melindungi kulit. Lebih banyak kajian diperlukan untuk melihat peranan nutrisi berhubung perkara ini, namun adalah baik untuk anda lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Perubatan alternatif — Pelbagai jenis krim dan lotion yang menjanjikan peranan untuk bertindak melawan kedutan, atau mengelakkan kerosakan kulit disebabkan oleh cahaya matahari.

Namun kebanyakan produk-produk ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara pada kulit anda.

FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat mengklasifikasikan krim dan lotion ini sebagai barangan kosmetik, yang mana diberi definasi sebagai tiada manfaat perubatan. Maka badan itu kurang mengawal produk seperti ini berbanding produk-produk berasaskan dadah.

Ini bermakna produk-produk seperti ini tidak memerlukan ujian yang ketat, bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya sebelum diluluskan untuk pasaran.

Ini kerana FDA tidak menilai produk-produk kosmetik dari sudut keberkesanan, jadi tidak ada jaminan sebarang produk seperti ini boleh mengurangkan kedutan anda.

Maka sekiranya anda mencari produk anti kedutan yang dijual di dalam botol, anda mungkin tidak akan menemuinya. Jika adapun keberkesanannya sangatlah sederhana.

Keberkesanan krim anti kedutan bergantung kepada bahan aktif kandungannya. Di bawah ini beberapa bahan-bahan yang biasa digunakan untuk memberi perubahan kepada kedutan kulit.

Retinol — Retinol merupakan sebatian vitamin A, antioksidan pertama digunakan secara meluas dalam krim krim anti penuaan.

Antioksidan adalah bahan-bahan yang meneutralkan radikal-radikal bebas (molekul-molekul oksigen yang memecahkan sel-sel kulit dan menjadi penyebab kepada kedutan)

Vitamin C — Satu lagi antioksidan yang sangat baik, vitamin c boleh melindungi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

Namun sebelum dan semasa penggunaan, krim krim anti penuaan yang mengandungi vitamin C mesti disimpan bagi mengelakkannya dari udara dan cahaya matahari.

Hidroksi asid — Alfa hidroksi asid, beta hydroxy acid (salicylic acid) dan Polihidroksi asid merupakan exfolian (bahan-bahan yang boleh menyingkirkan lapisan atas kulit mati dan merangsang pembinaan kulit kulit baru yang lembut, dan berpigmen sekata).

Coenzyme Q10 — ini merupakan bahan yang boleh membantu mengurangkan garis-garis halus di sekitar mata dan melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.

Peptides — ini adalah bahan yang digunakan dalam produk produk untuk merawat luka, kesan parut dan kini kedutan.

Ekstrak teh — Teh hijau, hitam dan oolong mengandungi sebatian dengan ciri antioksidan dan anti-keradangan. Extract teh hijau adalah yang paling banyak terdapat dalam krim anti penuaan.

Ekstrak biji anggur — sebagai tambahan kepada ciri antioksidan dan anti-keradangannya, ekstrak biji anggur juga mempercepatkan rawatan luka.

Niacinamide — Antioksidan yang baik, bahan ini ada kaitan dengan vitamin B3 (niacin).

Ia membantu mengurangkan kehilangan air dalam kulit dan boleh menambah baik keregangan kulit. — EdisiRakyat.com, 17 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post