DATUK A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar ‘mahaguru’meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana Menteri itu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah ‘mahaguru’ Shahrizat,” katanya melalui kiriman di blog bertajuk “Ketua Wanita dan Mahaguru”.
Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada parti atas isu tersebut.
Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur.
“Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC),” katanya yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan.
Kadir turut menyelar Najib atas cubaannya melantik bekas ahli PAS Mohammad Kazim Elias ke dalam ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada hujung bulan lalu namun ditolak oleh pendakwah bebas itu.
“Adakah Najib tidak mempelawa Mohammad Kazim menyertai MT? Mujur PAS tidak segeliga mana menyerang Mohammad Kazim. Mereka sepatutnya tidak bersuara dan biarkan beliau menjadi pengintip parti lawan.
“Mengapa mengadu negara lain mengintip kita? Najib sendiri menjemput pengintip menyertai MT. Jangan terkejut jika beliau suatu hari nanti menjemput ahli DAP dan PKR juga,” katanya yang menyangka prinsip itu diambil berdasarkan Umno yang dilabel parti rakyat,” katanya. – 11 Disember, 2013.

Post a Comment