Peniaga harap kalau boleh ada 'demo' setiap tahun

"TIAP-TIAP tahun kalau ada 'demo' lagi ok" itu yang diluahkan oleh pengusaha Restoran Rohani berhampiran lokasi yang sering diadakan perhimpunan mengkritik kerajaan.

Difahamkan Puan Rohani, ditemui ketika berlangsungnya Himpunan Tangkap MO1 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Puan Rohani mengakui dia sememangnya berharap jika boleh diadakan himpunan seperti itu setiap tahun kerana keuntungan perniagaannya akan bertambah.




Menurut beliau yang sudah menjalankan perniagaan menjual nasi campur dan makanan barat sejak tiga tahun lalu, keuntungan perniagaannya agak berkurangan di hari cuti Sabtu dan Ahad.

Ini dapat difahami kerana perniagaan seperti yang diusahakannya sangat bergantung kepada pelanggan yang bekerja di pejabat dan premis-premis berhampiran.

Sebaliknya penganjuran himpunan mengkritik kerajaan, seperti Himpunan Bersih, Tangkap MO1, Anti GST, #KitaLawan dan sebagainya yang biasa diadakan pada hujung minggu melonjakkan keuntungan perniagaannya.




Pengkritik kepada himpunan yang disifatkan anti kerajaan seperti ini selalu menggunakan hujah bahawa penganjuran 'demo' merugikan peniaga kerana menyebabkan huru-hara sekaligus menjejaskan perniagaan terutama di sekitar lokasi perhimpunan diadakan. — EdisiRakyat.com, 15 September 2016
Previous Post Next Post