Saya simpan hampir semua gaji saya sebagai PM — Tun Mahathir

MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mendedahkan bahawa beliau menyimpan hampir kesemua gaji yang diterimanya sebanyak kira-kira RM20,000 setiap bulan, selama 22 tahun menjawat jawatan nombor satu negara.

Dalam satu rakaman video, beliau memberitahu bahawa semua perbelanjaan harian beliau sama ada rumah, pengangkutan, dan bayaran utiliti ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Malah beliau akan menerima elaun tambahan jika ke luar negara.

"Kerajaan bagi semua, dia bagi rumah, dia bagi elektrik, air, dia bagi kereta, dia bagi kapal terbang pun, nak pergi mana pun dia bayar duit, tak ada belanja, cuma belanja makan hari-hari saja," dedah beliau.



Malah kata Tun Mahathir lagi, belanja makan setiap hari pun tidak banyak kerana beliau sering menerima jemputan makan di sana sini.

"Itu pun orang jemput saya sana sini, saya tak payah belanja makan. Jadi duit saya tu saya simpan," katanya lagi.

Tun Mahathir menyifatkan gaji sebagai seorang perdana menteri, cukup untuk hidup secara sederhana, kerana tidak ada tekanan di dalam berbelanja, namun tidak mungkin boleh bermewah-mewahan.

Tun Mahathir justeru dalam rakaman itu mengkritik gaya hidup mewah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang disifatkan terlalu bermewah berbeza dengan semua perdana menteri sebelumnya.

Beliau mengkritik bagaimana Najib berbelanja begitu mewah untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, sampaikan kos bunga perhiasan sahaja menelan belanja sebanyak RM3 juta.

"Cara hidup dia (Najib) bukan main mewah, bila dia buat perkahwinan tu wah, katanya bunga sahaja RM3 milion (RM3 juta),"




Lepas tu bila jemput orang pergi perkahwinan, bagi arahan jangan ambil gambar, pasal apa jangan ambil gambar, pasal kalau ambil gambar nampak dia belanja banyak, dia bubuh atas meja tu, tulis jangan ambil gambar," kata Tun Mahathir. — EdisiRakyat.com, 24 September 2016




Berikut rakaman video yang dimaksudkan:



Previous Post Next Post