Tali putus, lembu korban mengamuk tanduk orang (video)

ENTAH di mana silapnya, barangkali tali yang digunakan tidak cukup kukuh mengakibatkan ia putus sekaligus lembu yang sepatutnya menjadi korban Hari Raya Aidiladha mengamuk menanduk orang sekelilingnya.

Sebuah video yang menjadi viral di laman sosial Facebook semalam dikatakan dirakam di sebuah taman perumahan sekitar Kuala Nerus, Terengganu.

Seekor lembu yang diikat di bawah sebuah pencawang elektrik siap untuk dikorbankan, tiba-tiba mengamuk cuba menyerang orang-orang di sekelilingnya. Perkara ini berlaku apabila tali yang mengikat lembu berkenaan tiba-tiba putus membolehkan ia bergerak bebas luar daripada kawalan.




Orang-orang di sekelilingnya bertempiaran lari menyelamatkan diri. Salah seorang terjatuh ditanduk sebelum ditanduk sekali lagi. Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton. — Edisirakyat.com, 13 September 2016.


Previous Post Next Post