Anggota polis ditangkap sedang mencuri di rumah rakan sekerja

SEORANG anggota polis yang bertugas dengan bahagian pengangkutan di IPD Jasin ditahan ketika sedang mencuri dalam rumah seorang lagi anggota polis lain di Kuaters Polis Batu 6 Jasin.

Dalam kejadian pada 9.45 pagi hari Ahad itu, pemilik rumah yang juga merupakan seorang anggota polis bertugas di IPD Melaka bahagian gudang senjata, mendapati pintu gelongsor rumahnya terbuka namun pagar utama masih dalam keadaan berkunci.

Mangsa kemudian dilapor bertindak masuk ke dalam rumahnya melalui pintu belakang dan terkejut apabila terserempak dengan pencuri yang sedang melakukan perbuatan jenayah.

IPad Jasin
Suspek bertugas di bahagian logistik IPD Jasin, Melaka

Suspek yang dilihat bersama beg sandang di dalam rumah kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Menurut sumber yang dipetik oleh thesundaily.my pemilik rumah ada bertanya kepada suspek bagaimana dia boleh masuk ke rumahnya.

"Pemilik rumah juga telah memeriksa beg sandang tersebut dan menemui barangan milik keluarganya, Pasukan sokongan telah dipanggil dan suspek diserahkan ke Balai Polis Jasin untuk siasatan lanjut," katanya.

Antara barang-barang yang dirampas kembali dari saspek adalah, telefon bimbit, kabel pengecas, powerbank, laptop dan banyak lagi.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah.

Difahamkan suspek sebelum ini pernah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Ketua pengarah Polis Negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu.

Satu kejadian serupa yang tular sebelum ini pernah berlaku pada 13 Oktober di mana seorang pegawai tinggi polis ditangkap kerana cuba mencuri di rumah jirannya di Taman Bangi Avenue, Kajang — EdisiRakyat.com, 29 November 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post