
Bekas ahli parlimen Pandan itu berkata, kerusi itu patut ditandingi oleh Dr S. Streram yang menjadi mangsa apabila dihalang daripada menghantar kertas pencalonan dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.
"Kerusi Rantau milik Dr Stream yang telah menjadi mangsa," katanya dipetik oleh Malay Mail.
"Saya tidak ada niat untuk bertanding sebarang jawatan awam dalam jangka masa terdekat,"
Beliau juga dilapor turut menolak spekulasi terlibat di belakang usaha menggantikan Menteri Besar Negri Sembilan, Aminuddin Harun, katanya pemimpin itu merupakan kawan peribadinya yang rapat.
Mahkamah khas pilihanraya di Seremban hari ini membatalkan keputusan Pilihan raya DUN Rantau, dan mengarahkan satu pilihan raya kecil diadakan.
Kerusi itu dimenangi tanpa bertanding oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. — EdisiRakyat.com, 16 November 2018
0 Comments