Kemasukan SBP Sesi 2019 utamakan anak-anak golongan B40

KEMASUKAN pelajar ke Sekolah berasrama penuh (SBP) bermula sesi 2019 akan memberi keutamaan kepada anak-anak daripada keluarga B40 dengan jangkaan penawaran sehingga 60 peratus.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata langkah itu diambil untuk memastikan anak-anak golongan terbabit mendapat pendidikan yang berkualiti.

TAG

Kementerian juga komited untuk memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak daripada golongan B40 sama ada dari luar bandar, miskin kota, dan anak-anak anggota beruniform, untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Bagaimanapun penawaran ke tingkatan 1 tahun 2019 akan mengambil kira faktor lain seperti pemilihan SBP oleh pemohon, Capacity Enrollment SBP, jantina dan lokaliti pemohon untuk pengambilan SBP tahun 2019.

Kementerian telah menerima sebanyak 77,487 permohonan daripada jumlah itu 21841 telah dikenalpasti melepasi syarat-syarat asas kelayakan. — EdisiRakyat.com, 20 Disember 2018

Post a Comment

1 Comments

  1. Sekadar renungan dari salah satu bapa yang kecewa anak gagal mendapat tempat di MRSM & SBP.

    Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana. Arwah Abah masa tu hanya pesara tentera, merangkap penoreh getah dan arwah mak hanya suri rumah. Mereka pergi pada tahun 2015 dan 2018.

    Ketika di sekolah rendah, saya bukanlah cemerlang. Begitu juga peringkat menengah. Apapun, keputusan SPM saya cukup syarat untuk ke Matrikulasi sebuah universiti awam.

    Habis belajat, saya kerja dgn firma audit. Siapa yg pernah atau masih kerja di sini, tahulah cabarannya dengan harapan utk mendapay ilmu, pengalaman di samping pentauliahan professional. 6 tahun lebih di situ. Lepas itu kerja di beberapa syarikat hingga kini. Perit jerih Allah sahaja yg tahu utk dapat pendapatan yg baik. Tidak kaya, tapi selesa. Pendidikan anak2 seperti ibubapa lain adalah keutamaan.

    Tapi sayang, entah apa silapnya, keutamaan MRSM/SBP hanya untuk anak dari B40. Entahlah, ibubapa struggle dgn cukupkan segala keperluan, anak struggle belajar. Kelas tambahan sekolah pergi, tuisyen tambahan berbayar sekolah pergi, kelas2 tambahan luar pergi. Isnin hingga Ahad, belajar, belajar je di samping tak tinggalkan kefardhuan.

    Kesian golongan seperti kami. Berusaha dari muda untuk yang terbaik di masa hadapan, tiba-tiba hak anak-anak kami dinafikan.

    Nak bantu B40 pun, agak-agaklah. Apakata, syarat ke MRSM/SBP diseragamkan. Contoh minimum 3A tanpa C utk semua matapelajaran. Bila lulus ujian kemasukan, yang B40 bayar yuran asas je, tapi anak2 dari M40 dan T20 bayar yuran lebih tinggi atau penuh. Baru adil.

    Sekadar pendapat. Hanya mentimun, menggolek luka, digolek luka.

    ReplyDelete