Majikan tiada hak potong gaji pekerja bayar PTPTN tanpa kebenaran

MAJIKAN tiada hak untuk memotong gaji pekerja bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa kebenaran.

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata buat masa ini tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan majikan berbuat demikian kepada pekerja kecuali terdapat pindaan kepada akta PTPTN.

Kulasegaran

"Tiada akta yang boleh membenarkan PTPTN (berbuat begitu), jadi apa yang mereka perlu buat, pinda Akta PTPTN, kata bahawa mulai sekarang, apa-apa yang tertunggak wang itu boleh dipotong dari mana-mana pihak, yang dibenarkan oleh menteri tersebut" katanya

Beliau dilapor ditemui selepas menghadiri forum undang-undang pekerjaan 2018 ketujuh di Bayan Lepas Pulau Pinang siang tadi.

Semalam pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan memaklumkan, bahawa perbadanan itu bekerjasama dengan 6 agensi lain bagi mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam, bagi melaksanakan potongan gaji berjadual bermula Januari tahun depan.

Pemotongan itu adalah untuk peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan. Ketika ini PTPTN merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman masing-masing. — EdisiRakyat.com, 6 Disember 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post