MIC tidak akan rayu keputusan mahkamah batal kerusi Parlimen Cameron Highland

PARTI MIC tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pembatalan kerusi parlimen Cameron Highland oleh mahkamah pilihanraya selepas wujud elemen rasuah.

Presiden parti itu, Tan Sri S. A. Vignesvaran berkata keputusan sebulat suara oleh parti itu kerana mereka mahu mendapatkan apa yang disifatkannya sebagai keadilan terhadap rakyat Cameron Highland dengan bertanding sekali lagi di kerusi berkenaan.

Vigneswaran

Mengulas lanjut Vigneswaran yang juga Yang Dipertua Dewan Negara mendakwa pembatalan kerusi itu sebenarnya masih menjadi satu persoalan kerana beliau menganggap tidak ada sebarang bukti kukuh bahawa penyandangnya Datuk C Sivarraajh telah melakukan rasuah.

Sehubungan itu beliau yakin MIC dapat mengekalkan kerusi Cameron highland yang menjadi kubu kuat parti itu sejak 2004 kerana percaya pengundi Melayu akan menolak parti DAP.

"Pada masa sekarang parti DAP ni, saya ingat orang Melayu akan menolak kepimpinan parti DAP, dan kita nak mengambil kesempatan inilah, supaya mengadakan pilihanraya kecil ini," katanya.

Beliau yakin masyarakat Melayu akan memilih MIC untuk mewakili parti pembangkang dalam Dewan Rakyat.

"Kita (yakin) dapat sokongan yang penuh dan padat daripada rakyat kaum Melayu untuk menolong kita supaya kita mewakili parti pembangkang di dalam Dewan Rakyat," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Sivarrajh dicalonkan semula bagi kerusi tersebut ketika ditemui media di parlimen hari ini Vigneswaran menambah, MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional berhubung perkara itu.

Pada 30 November lalu, mahkamah pilihanraya mengisytiharkan keputusan kerusi parlimen Cameron Highland pada pilihan raya umum ke-14 yang dimenangi BN sebagai terbatal dan tidak sah selepas didapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan dari Sivarraajh. EdisiRakyat.com, 12 Disember 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post