Najib ditahan SPRM sebentar tadi

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan baru saja ditahan oleh pegawai anti rasuah berhubung kes "mengubahsuai" laporan akhir audit 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu telah ditahan pada jam 11 pagi tadi di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa minit selepas tiba untuk disoal siasat berhubung kes berkenaan.

Najib dilihat masuk ke dalam ibu pejabat SPRM sekitar jam 10.42 pagi tadi (Isnin, 10 Disember 2018).

Najib kena tahan dengan SPRM

Sumber SPRM bagaimanapun memaklumkan, Najib mungkin akan dibebaskan sekiranya beliau dapat membayar wang jaminan.

Pada 25 November, ketua audit negara Tan Sri Madinah Mohamad berkata bahagian tertentu dalam laporan akhir audit 1MDB telah dipadam.

Bahagian itu dilaporkan menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang turut dikenali sebagai Jho Low.

Belum mendedahkan arahan untuk mengubahsuai dokumen berkenaan datang dari Tan Sri Shukry Salleh, yang pada ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Sulit Najib Razak.

Pengubahsuaian dalam laporan 1MDB telah dibuat pada 26 Februari 2016 dengan alasan Ia merupakan "isu sensitif"

Setakat ini selain Najib, SPRM juga telah menyoal siasat beberapa orang berhubung pengubahsuaian dokumen berkenaan.

Antara individu yang telah disiasat ialah bekas Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dengan kapasitinya pada waktu itu sebagai Pegawai undang-undang mewakili Peguam Negara, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, dan Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda. — EdisiRakyat.com, 10 Disember 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post