Tips kuruskan badan selepas bersalin

DILEMA bagi ibu-ibu selepas melahirkan adalah apabila berat badan semakin bertambah dan tubuh tidak lagi langsing seperti sebelumnya dan pasti membuatkan anda mencari pelbagai tips untuk menguruskan badan selepas melahirkan. Masalah seperti perut buncit dan selulit yang berlebihan boleh mengganggu keterampilan dan mengurangkan keyakinan diri.

Perit Buncit

Ketika hamil wanita menyimpan satu pertiga lemak daripada jumlah lemak sebelumnya iaitu kenaikan berat badan sebanyak 20 hingga 35kg daripada berat asal. Faktor yang mempengaruhi pertambahan berat badan adalah pemakanan dan vitamin yang diambil sehingga menyebabkan selera makan bertambah. Untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan ideal selepas melahirkan, apa kata anda cuba beberapa tips ini.

Elakkan pil diet


Pil diet bukan jawapan tepat kepada masalah berat badan anda. Adakalanya pil diet mendatangkan mudarat seperti darah tinggi dan sakit jantung disebabkan penggunaan bahan yang terlarang di dalam kandungan pil tersebut.

Terdapat juga pil menguruskan badan yang memberi tindak balas sebaliknya membuatkan mereka yang mengambilnya semakin berselera makan menyebabkan pertambahan berat badan yang mendadak.

Pemakanan

Saat berpantang adalah waktu kritikal di mana jumlah dan kualiti makanan yang diambil memberi impak yang besar kepada berat badan dan kesihatan anda.Ketika berpantang pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan tinggi kalori yang boleh menyebabkan badan anda semakin gemuk.Pastikan anda mengambil makanan seimbang dan tidak lupa juga mengamalkan pengambilan ulam-ulaman yang dimasak menggunakan rempah ratus.

Ulam ulaman

Elakkan pengambilan makanan yang menyebabkan kegatalan, makanan pedas, gula dan berlemak. Elakkan juga pengambilan makanan yang diperbuat daripada gandum seperti bijirin dan roti serat, seperti kacang dan oat.

Makanan seperti kacang panjang dan sayur berubi seperti kentang dan sengkuang juga perlu dielakkan. Begitu juga susu dan hasil susu seperti aiskrim dan keju.

Rawatan tradisional

Rawatan tradisional yang sinonim dengan adat ketika berpantang yang mana merupakan tradisi nenek moyang kita adalah penggunaan herba, jamu, bertungku, berbengkung dan berurut yang mana Ia dikatakan dapat mengembalikan tu badan asal selepas bersalin.

Proses atau kaedah rawatan tradisional bertujuan untuk mengecutkan peranakan, membuang sisa-sisa angin pada urat serta mempercepatkan kadar metabolisme dan memudahkan kalori terbakar.

Ini kerana selepas bersalin ibu yang dalam tempoh berpantang tidak digalakkan melakukan pergerakan yang aktif kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pendarahan dan rahim jatuh serta mengganggu proses penyembuhan luka-luka ketika melahirkan.

Ini menyebabkan perut lebih mudah membuncit dan menggeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan.

Bertungku bertujuan memulihkan semula peranakan dan bahagian-bahagian lain. Selain daripada berbengkung, pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan untuk wanita selepas bersalin kerana penggunaan 'girdle' dia kini dapat mengembalikan tubuh badan anda kepada bentuk asal.

Senaman

Terdapat beberapa senaman ringan yang boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Salah satunya adalah dengan berjalan kaki yang mana Ia merupakan senaman awal yang  terbaik.

Proses awal senaman boleh dilakukan seawal seminggu selepas bersalin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Pastikan anda mendapatkan nasihat pakar bagi menentukan tempoh yang sesuai untuk memulakan senaman.

Senaman

Bersenam ketika mandi juga boleh membantu anda kerana mandi menjadikan otot-otot anda hangat dan relaks. Inilah masa terbaik untuk menegangkan otot pada dada punggung dan belakang badan.

Anda hanya perlu menghadap dan merapatkan badan ke dinding, kemudian jarakkan bahagian kaki dari dinding. Perlahan-lahan jatuh kan berat anda kepada dinding dan lakukan dalam tempoh kira-kira 5 minit untuk mengetatkan otot kaki.

Dapatkan nasihat pakar

Untuk mendapatkan berat badan ideal, jalan terbaik adalah dengan mendapatkan pandangan pakar diet dan mencari pengetahuan yang secukupnya sebelum memulakan program diet.

Ini kerana dengan pengambilan diet yang betul pasti akan membuatkan anda mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan dengan masa yang singkat.

Jangan terburu-buru

Terburu-buru untuk diet bukanlah sesuatu tindakan yang betul untuk mendapatkan berat badan ideal. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian anda pada pemakanan yang sihat dan dapatkan tips-tips yang sesuai sekurang-kurangnya tunggu enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman yang agresif.

Perlu diingatkan bahawa tidak semua bahagian tubuh badan ibu yang bersalin dapat kembali dengan mudah seperti sediakala terutamanya bahagian pinggul dan pinggang.

Lakukan terapi dengan bayi anda di mana dengan melakukan aktiviti bersama dapat mengurangkan stress anda di samping mengelakkan anda makan berlebihan kerana emosi yang terganggu selepas melahirkan. Salah satu cara adalah dengan melakukan urutan kepada bayi anda untuk merangsang pertumbuhan. Lakukan sekurang-kurangnya 10 minit sehari dan tambahkan masa sebanyak 5 minit setiap minggu.

Penyusuan

Penyusuan tidak akan menjejaskan atau merosakkan bentuk badan malah membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh hamil sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas kelahiran.

Menyusu

Kajian mendapati wanita yang menyusu bayi membakar sekurang-kurangnya 500 kalori. Dalam satu kajian proses penyusuan badan mengeluarkan hormon di dalam badan yang menolong membantu otot-otot badan kembali kepada bentuk asal. Penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari.


Bersabar

Perubahan tubuh tidak akan dimiliki dalam sekelip mata. berikan diri anda masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan langkah-langkah serius diet dan lebih kurang 8  bulan untuk mendapatkan berat seperti sebelum anda hamil. Jangan terlalu memaksa diri sehingga menyebabkan anda stress.

Post a Comment

Previous Post Next Post