Solat sunat terawih, hukum, cara dan persoalan tentang bilangan rakaat

ADAKAH anda benar-benar tahu cara solat terawih dan berapa bilangan rakaatnya? 8 atau 20 rakaat? Pasti terbit persoalan ini dalam diri anda ketika anda ke masjid untuk melaksanakannya kerana ada sesetengah tempat yang hanya melaksanakan solat sunat tarawih sebanyak lapan rakaat dan ada sesetengah tempat yang melaksanakan sebanyak 20 rakaat. Terdapat banyak dalil mengenai perkara ini yang boleh dijadikan panduan.

Solat sunat terawih adalah amalan sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad) yang mana merupakan satu anugerah yang diberikan ketika bulan Ramadhan sahaja.

solat-terawih

Hukumnya boleh dipandukan berdasarkan kisah yang dinyatakan oleh Aisyah RA. Menurut Aisyah, Rasulullah S.A.W keluar ke masjid untuk bersolat pada waktu malam ( bulan Ramadhan).

Maka para sahabat dapat melihat baginda solat lalu mereka solat bersama-sama baginda S.A.W sehingga semakin hari semakin ramai. (dikatakan masjid penuh).



Pada hari ketiga dan keempat, Rasulullah tidak keluar ke masjid menyebabkan para sahabat menunggu kedatangannya. Apabila menjelang subuh sahabat mendatangi rasulullah lalu bertanyakan hal tersebut, lalu Baginda bersabda,


hukum-solat-terawih

Ia boleh dilakukan secara berseorangan tetapi lebih afdal dilakukan secara berjemaah. Ini berdasarkan kisah pada zaman Khalifah sayidina Umar RA.

Ketika bulan Ramadan, umat Islam di Mandinah yang berhimpun di masjid menjadi semakin ramai, bahkan timbul puak-puak dalam satu Masjid mengerjakan solat tarawih.

Maka Saidina Umar RA pada ketika itu menghimpunkan mereka menjadi satu kelompok jemaah sahaja. Maka dihimpunkan orang Islam ketika itu di belakang Ubai bin Ka'ab.

Waktu solat sunat terawih bermula selepas fardu Isyak sehingga sebelum terbit fajar.



Rukun-rukun solat terawih sama seperti solat fardhu atau sunat solat sunat yang lain lazimnya. Bacaan surah surah selepas al-fatihah pada setiap rakaat pertama bermula dari surah al Takasur sehingga surah Al-lahab (dari malam 1 Ramadhan Hingga 15 Ramadhan). Pada setiap rakaat kedua pula dibaca surah al-ikhas.

Manakala, dari malam 16 hingga ke akhirnya pada tiap-tiap rakaat pertama selepas al-fatihah dibaca surah al-qadr dan pada susunan rakaat kedua (selepas al-fatihah) pula dibaca surah al Takasur sehingga surah Al-Lahab.

Namun ada juga imam yang hafaz al-quran mengamalkan bacaan 30 juzuk al-quran dari awal Ramadan sehingga ke akhirnya sewaktu mengerjakan solat tarawih.

Niat solat terawih:


niat-solat-terawih

Solat terawih boleh dilakukan 2 rakaat satu salam sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat disunatkan juga melakukan solat witir selepas solat terawih.



Tidak sah melakukan solat terawih dengan 4 rakaat atau lebih dengan satu salam dan keadaan sengaja dan mengetahui baru solat Tarawih itu dilakukan dengan dua rakaat berserta satu salam.


8 rakaat atau 20 rakaat?


Terdapat kekeliruan di kalangan umat Islam zaman kini tentang berapa rakaat sebenar bagi solat terawih. Ada sesetengah yang menyatakan bahawa mengikut Rasulullah S.A.W, hanya 8 rakaat solat terawih dilakukan ketika beliau bersama para sahabat.

Ini berdasarkan hujah daripada kisah yang berlaku pada zaman nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda melakukan solat terawih 8 rakaat bersama para sahabat yang mengikutinya.

Menurut Hadis Riwayat Imam Bukhari menyatakan bahawa Abu Salamah bin Abdul Rahman pernah bertanyakan Sayyidatina Aisyah RA: " Bagaimanakah solat Nabi S.A.W di dalam bulan Ramadhan, maka jawab Saiyyidatina Aisyah RA, nabi tidak melebihkan di dalam Ramadan dan di luar Ramadan melebihi 11 rakaat. (11 rakaat ialah setelah dicampur tiga rakaat witir)

Manakala ada sebahagian pula yang mengatakan bahawa solat terawih yang dilakukan adalah 20 rakaat.

Terdapat banyak juga dalil dan hujah yang menyokong solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat antaranya:



Dalam kitab 'Mausu'ah Yusufiah' karangan Ustaz Dr. Yusuf Khattor Muhammad, beliau menyatakan bahawa pendapat daripada Mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali, solat terawih di sisi mereka adalan 20 rakaat dengan menyatakan para sahabat di zaman Umar, Usman dan Ali melakukannya sebanyak 20 rakaat.

Dalam Fiqh sunnah dan At-Tirmizi karangan beliau juga ada menyatakan bahawa Imam Syafi'e berkata, "kami mendapati umat Islam di Mekah melakukan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat.

Manakala, dalam kitab Fikah 'Hasyiah Baijuri', Imam Baijuri menyatakan bahawa Nabi S.A.W dan para sahabat ketika itu melakukan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan cara 8 rakaat secara berjemaah dan bagi rakaat dilakukan di rumah masing-masing. Dinyatakan juga bahawa ketika itu, sekiranya melalui di tepi-tepi rumah mereka maka akan kedengaran seperti bunyi lebah.

Dari Ibnu Abbas RA berkata, " Adalah Nabi Muhammad S.A.W mengerjakan solat terawih di dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat dan solat witir."

Dari Malik bin Anas daripada Yahya bin Abi Sa'id Al Ansori berkata, "Sesungguhnya Saidina Umar al-khattab mengarahkan manusia ketika itu untuk solat Tarawih sebanyak 20 rakaat."

Post a Comment

0 Comments