Filipina hantar semula 69 kontena sampah plastik ke Kanada

SUSULAN pertikaian diplomatik yang berlaku sejak sekian lama, bertan-tan sampah yang dihantar ke Filipina tahun lalu dilaporkan telah dihantar semula ke Kanada hari ini.

69 kontena Sisa Plastik dihantar semula ke Kanada

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan bahan sisa sampah itu dipulangkan dengan segera selepas kempen panjang menggesa Kanada mengambil semula sisa sampah yang dibawa masuk ke negara itu.

Sebanyak 69 kontena sampah dimuatkan ke dalam kapal kargo di Subic Bay, bekas pengkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS), dan pelabuhan barat laut Manila sebelum dihantar semula ke Kanada.

Catherine McKenna, Menteri Alam Sekitar Kanada dilaporkan sebagai berkata, pihaknya komited dengan usaha Filipina dan bekerjasama rapat dengan mereka.

Berapa hari sebelum itu Malaysia mengumumkan telah menghantar semula sejumlah 450 tan sisa buangan plastik ke Australia, Bangladesh, Canada, China, Jepun, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Bertahun-tahun lamanya sebelum ini negara China menerima sebahagian besar sampah plastik dari seluruh dunia. Namun sejak tahun lalu mereka melarang kemasukan sisa plastik ke negara itu di dalam usaha membersihkan alam sekitarnya, sekaligus menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi sasaran baru pembuangan sisa plastik negara-negara maju.

Post a Comment

1 Comments