Pramugari Cebu Pacific jadi gadis penghantar gas selepas dibuang kerja akibat Covid-19

PADA 16 Oktober 2020 lalu, genap sebulan setengah Maurice Maureen Avila, salah seorang pramugari Cebu Pacific Airline hidup sebagai penganggur selepas diberhentikan kerja gara-gara wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.



"Ya saya kini seorang penganggur. Saya bukan pramugari lagi dan saya sudah tidak ada sayap lagi," tulis Maureen di akaun facebook.

"Saya mengambil masa yang sangat lama untuk menerima takdir ini dan menulisnya di media sosial. Ramai yang bertanya tetapi saya langsung tak jawab. Kerana saya malu, kerana saya rasa saya telah gagal di dalam hidup,"

"Gambar pertama diambil ketika saya masih lagi bekerja sebagai seorang pramugari, kehidupan pada waktu itu sangat senang dan berbeza,"

Maurice Maureen Avila

"Gambar kedua adalah gambar terkini, inilah kerja yang saya buat sekarang untuk meneruskan hidup. Perniagaan pertama yang saya dan teman lelaki cuba usahakan,"


"Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan kenapa Dia tarik cita-cita yang telah saya capai selepas saya berusaha keras?"

"Lebih dua minggu saya bersedih, saya tiada selera makan, saya menangis setiap malam, apabila bangun pagi saya menangis lagi. Sangat menyakitkan,"

"Tapi akhirnya saya boleh menerimanya. Kenapa? Saya rasa sakit, saya berusaha keras untuk ini, ini lah impian saya. Inilah dunia saya. Inilah yang menampung kehidupan keluarga saya," tulisnya.


Maureen turut menasihatkan orang lain yang senasib dengannya supaya tidak putus harapan.

"Kepada semua yang kehilangan kerja semasa pandemik ini jangan putus harapan. Sepanjang sebulan setengah ini saya mula sedar, tidak ada satu pun perkara yang kita mahu di dalam hidup yang bukan dalam perancangan Tuhan,"


"Kepada mereka yang masih mahu menjadi kru kabin, mari bersama semula capai impian kita! Harapan sentiasa ada dan sentiasa ingat ada cahaya di hujung terowong. Kita akan warnakan langit dengan warna kuning biru dan merah semula. Kita akan dapat sayap kita semula," tulisnya — EdisiRakyat.com, 21 Oktober 2020

Post a comment

1 Comments

  1. Kerja Hantar gas lagi Mahsyuk duk boleh dapat email 3,300 ke 4,000 sebulan, gaji pramugari Berapa je.

    ReplyDelete