Lebih 1,000 rakyat dijangka muflis setiap bulan

PANDEMIK Covid-19 dijangka menyebabkan bilangan rakyat Malaysia yang diisytihar muflis meningkat tahun depan semuanya gara-gara gagal menjelaskan hutang selepas tamat tempoh lanjutan moratorium dan dibuang kerja seterusnya mereka diisytihar bankrap atau muflis.



Jabatan insolvensi mendedahkan setakat Januari hingga Ogos 2020 sebanyak 5,066 kes muflis telah didaftarkan.

Bangkrap

Golongan paling ramai diisytihar berusia antara 35 hingga 44 tahun, angka itu dikuatiri bertambah memandangkan negara masih berdepan ancaman Covid-19 sehingga menyukarkan individu untuk melangsaikan hutang mahupun pinjaman.

Menurut Zarina Alias, Pegawai Insolvensi Utama, Bahagian Kebangkrapan Jabatan Insolvensi Malaysia, tempoh setahun diperlukan untuk melihat kesan sebenar Covid-19 terhadap orang ramai.


 "Bagi melihat kesan sebenar Covid-19 keatas penghutang, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya satu tahun, memandangkan moratorium telah berakhir," katanya.

Bagaimanapun Jabatan Insolvensi berharap pindaan akta yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi akan dapat mengurangkan kadar muflis di negara ini.

Ini kerana nilai ambang keberhutangan atau 'treshold' dinaikan daripada RM50,000 kepada RM100,000.


"Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengelakkan pertambahan mendadak kes kes kebangkrapan individu dalam masa yang singkat, susulan daripada pandemik Covid-19 dan juga pelaksanaan PKP, pindaan terhadap subseksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 telah digubal," katanya.

Berdasarkan rekod pada 2019, jumlah kes muflis mencecah sebanyak 12, 051 kes, secara purata 1,000 orang diisytiharkan muflis setiap bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post