Microwave oven 9 kegunaan yang mungkin anda tidak tahu


SETIAP rumah pasti mempunyai microwave tapi tahukah anda microwave mempunyai pelbagai kegunaan yang mungkin anda tidak tahu. Tahukah anda microwave telah ada sejak tahun 1974. Pada waktu ini microwave mula dikomersialkan di pasaran dan harganya sangat mahal lebih kurang RM20,000.

Ia juga agak besar untuk sesebuah rumah iaitu mempunyai ketinggian 1.5m dan berat 340 kg. Seiring dengan peredaran zaman, teknologi microwave semakin berkembang dan microwave menjadi sangat murah. Anda boleh mendapatkan mereka dengan harga serendah RM200 dengan saiz yang sangat ringan dan sesuai dibawa dengan mudah.


Pada waktu itu micowave menjadi suatu alatan yang sangat mengagumkan dimana ia dianggap boleh memasak makanan dalam tempoh tertentu tanpa perlu bersusah payah.  Sejak dulu, microwave sinonim dengan kegunaan untuk membantu penyediaan makanan.

Tetapi sebenarnya mikrowave mempunyai beberapa kegunaan lain yang anda tidak tahu. Ada mungkin terperanjat dan tidak menyangka bahawa microwave boleh diadaptasi dan digunakan untuk memudahkan beberapa perkara lain.

microwave

1. Bercucuk tanam

Pasti ramai di antara kita yang mempunyai hobi bercucuk tanam. Kebanyakkan dari kita gemar bercucuk tanam dengan menggunakan biji benih dan semua aktiviti bercucuk tanam ini kebanyakkannya dimulakan dari dalam rumah. 

Untuk memastikan medium tanah berada dalam keadaan steril iaitu bebas daripada mikroorganisme ataupun bakteria yang boleh mengganggu pertumbuhan pokok, apa kata anda cuba panaskan tanah anda dalam microwave untuk membunuh microorganism.

Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan bekas plastik dan meletakkan lapisan tanah yang nipis di dalam microwave selama 2 minit untuk setiap 1 kilogram tanah.

2. Membantu menanggalkan setem

Pernah tak anda mengalami keadaan di mana anda sudah menampal setem di atas bungkusan ataupun surat yang ingin anda hantar kepada seseorang tetapi tiba-tiba anda terfikir untuk membatalkan niat anda kerana tersalah tulis alamat atau sebab-sebab lain?

Pasti ianya adalah satu pembaziran jika setem yang ada tampal itu dibiarkan di situ. Nah, apa kata anda guna microwave untuk menanggalkan setem anda itu. 

setem

Apa yang ada perlu lakukan adalah meletakkan setitis air ke atas setem tersebut dan letakkan ia di dalam microwave selama 10 saat. Apa yang akan berlaku adalah setem itu akan longgar dan anda hanya perlu menanggalkannya dengan mudah tanpa perlu berusaha keras.

3. Membunuh kuman di span

Adakah dapur anda mempunyai span khas untuk melakukan kerja-kerja pembersihan? Span dapur itu pastinya selalu berada dalam keadaan lembab kerana anda kerap menggunakannya untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan kadangkala span itu mempunyai lubang-lubang kecil. 


Sedarkah anda span yang digunakan itu menjadi medium penyebaran kuman di sekitar dapur anda kerana anda menggunakan span yang sama untuk mengelap pelbagai ruang di dapur. Setiap daripada kita pasti mempunyai waktu berkala untuk membasuh segala span dan kain yang digunakan di dalam mesin basuh, tetapi untuk tempoh yang singkat apakata anda anda ambil span yang lembab itu dan masukkan dalam microwave selama 1 minit untuk membunuh kuman yang terperangkap.

Tetapi awas, jangan pula anda masukkan span yang kering dalam microwave kerananya ia boleh menyebabkan span anda terbakar kerana fungsi microwave adalah untuk menghilangkan kelembapan.

4. Memanas kain tuam

Pernahkah anda mengalami senggugut, atau terhantuk dan memerlukan peralatan untuk menuam.

Pasti susah jika anda tidak mempunyai tungku pada waktu-waktu kecemasan. Ada cara mudah untuk menyelesaikan masalah anda. Untuk penyelesaian cepat apa kata anda ambil sehelai tuala kecil atau sapu tangan yang dibasahkan dan panaskan di dalam microwave lebih kurang selama 30 saat ataupun 1 minit.

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih kekal, anda boleh membuat sendiri tungku anda daripada kain. Ianya cukup mudah iaitu dengan mengambil stokin lama yang tidak digunakan lagi, diisikan dengan beras dan dijahit pada bahagian hujung. panaskan ia di dalam microwave apabila pada bila-bila masa untuk melegakan lenguh-lenguh di tubuh badan anda.

tungku-kain

Pastikan anda mencuba kepanasan tungku buatan anda dulu sebelum menggunakannya di mana-mana bahagian tubuh untuk mengelakkan anda melecur.

5. Melembutkan roti yang keras

Pernah atau tidak anda membeli roti dan lupa untuk menyimpan roti anda didalam bekas sehingga menyebabkan ia terdedah kepada udara hingga hilang kelembapan dan menjadi keras?

Sebenarnya roti itu masih boleh dilembutkan dan dimakan dengan memberinya sedikit kelembapan.


Apa kata anda cuba cara ini. Ambil tisu dapur yang disembur dengan air untuk dilembabkan lalu dibalut pada roti. Roti berbalut itu kemudiannya dipanaskan di dalam microwave antara 20-30 saat. Roti anda akan menjadi lebih lembut dan boleh di makan.

6. Meleraikan bawang putih

Pasti ada diantara anda yang kerap merasa sakit tangan apabila ingin meleraikan bawang putih daripada gugusannya. Tahukah anda, Microwave boleh membantu melonggarkan gugusan bawang putih anda.

Caranya sama, hanya dengan memasukkan gugusan bawang putih ke dalam Microwave untuk beberapa saat.

Mungkin anda perlu membuat sedikit eksperimen untuk melihat berapa saatkah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan hasil yang terbaik di mana bawang putih anda dapat dileraikan dengan mudah.

bawang-putih

7. Memudahkan penghasilan jus

Adakah anda seorang penggemar jus buah oren atau lemon? Untuk menghasilkan air jus yang sedap dan pekat pasti memerlukan teknik perahan yang baik agar tiada pembaziran berlaku ketika perahan.

Apa kata anda cuba tips ini yang mana, dengan memasukkan buah oren atau lemon untuk beberapa saat memudahkan anda memerah jus buah tersebut dan jus yang terhasil akan lebih banyak.

Jangan pula anda panas kat dia terlalu lama kerana boleh mengakibatkan buah itu meletup dan mengotorkan microwave anda.


8. Mengekalkan kelembapan gula perang

Gula perang boleh bertahan lama didalam almari tetapi kadangkala menjadi kering dan bergumpal. Masalah akan berlaku jika anda perlu menimbang gula perang sebelum menggunakannya.

Untuk mengatasi masalah ini, apa kata anda ambil tisu dapur yang disembur dengan sedikit air lalu dimasukkan ke dalam bekas bersama gula perang tersebut dan panaskan selama 30 saat.

gula-perang

Kelembapan dari tisu akan membantu mengembalikan keadaan gula seperti ketika anda membelinya.

9. Memanggang kacang

Microwave oven tidak sinonim dengan kebolehannya untuk membakar tapi sebenarnya untuk memanggang kacang ia adalah satu alat yang boleh membantu.

Caranya ialah ambil kacang mentah dan di masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas dan letakkan beberapa titis minyak masak.

Pamaskan ia dalam Microwave selama 1 minit dan kacau. Ulang proses ini di dalam anggaran lima ke 10 minit sehingga anda mendapatkan rasa yang memuaskan. Anda juga boleh mencuba memasak biji labu dan biji bunga matahari mengikut kesukaan anda. — EdisiRakyat.com, 11 November 2020 

Post a Comment

Previous Post Next Post