PKPD 88 Salak Tinggi Sepang dilaksana mulai esok

SIDANG khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD di Medan 88 salak Tinggi Sepang Selangor berkuatkuasa esok (12 November 2020) sehingga 25 November 2020.



Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan terdapat 39 kes positif dikesan naik di kawasan berkenaan. 

Ismail Sabri

"Pelaksanaan pergi PD ini akan melibatkan sebanyak 88 unit rumah kedai 284 premis dan seramai 800 orang penduduk pkpd ini bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar kepada penduduk di kawasan ini serta mengawal pergerakan bertujuan memutuskan rantaian Covid-19 di dalam komuniti di kawasan ini," katanya.


Mengulas lanjut ujarnya semua prosedur operasi standard kanopi di bawah pkpd sebelum ini masih digunapakai sama seperti di Sabah premis perniagaan untuk barangan keperluan asas juga dibenarkan beroperasi. — EdisiRakyat.com, 11 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post