Tips turunkan berat badan yang mudah dan cepat tanpa modal

BERAT  badan bertambah pasti merunsingkan lebih lagi bagi wanita. Pastinya anda sibuk memikirkan cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Bercakap tentang menurunkan berat badan, apa yang dibayangkan pastinya pelbagai jenis makanan yang tidak boleh dimakan dan pelbagai jenis senaman yang perlu dilakukan setiap hari. Belum lagi dengan sibuk memikirkan jumlah kalori yang diambil agar tidak tersasar daripada matlamat menguruskan badan.


Tapi tahukah anda terdapat cara yang mudah tanpa perlu bersusah payah untuk anda menguruskan berat badan dengan cepat? Ayuh cuba beberapa tips turunkan berat badan berikut, yang bukan sahaja mudah malah tidak perlu keluarkan modal.

1. Ambil saiz pinggan yang lebih kecil ketika mahu makan

Apabila anda mengambil pinggan lebih kecil, secara automatik anda akan mengambil jumlah makanan yang sedikit kerana tidak muat untuk mengisi makanan yang banyak. Baru-baru ini terdapat satu kajian yang mendedahkan bahawa individu yang menukar saiz pinggan mereka daripada 10 inci kepada 9 inci diameter boleh menghilangkan berat badan sebanyak 8 kg setiap tahun.
kurus

2. Minum air sebelum makan

Sebelum anda makan, apa kata setengah jam sebelum itu anda perbanyakkan minum air bermula dengan 500 ml air. Dengan meminum air yang banyak sebelum makan, pasti anda merasa kenyang kerana perut anda dipenuhi air dan membantutkan selera anda untuk makan terlalu banyak kerana cepat kenyang. Pengambilan air ini juga membantu meningkatkan metabolisme anda secara tidak langsung membantu anda membakar kalori.

minum-air

3. Mengganti pengambilan makanan yang tidak sihat kepada makanan yang lebih sihat

Pengambilan makanan segera dan tidak berkhasiat sangat sinonim dengan manusia zaman kini. Kesibukan dan tuntutan hidup menyebabkan penyediaan makanan yang sihat dan remeh diabaikan kerana tidak mahu membuang masa.
Malangnya pengambilan makanan yang tidak sihat ini menyebabkan pertambahan berat badan mendadak sekaligus boleh mengganggu kesihatan anda kerana kandungan nutrien yang tidak sempurna dalam makanan tersebut.

Apa kata anda tukar cara pengambilan makanan anda dengan cara yang mudah yang mana tidak memerlukan banyak usaha. Contohnya meminum susu almond bagi menggantikan pengambilan susu skim boleh membuatkan anda mengurangkan pengambilan kalori daripada susu tersebut sebanyak 75%. Menggantikan burger lembu dengan burger ayam juga boleh mengurangkan pengambilan kalori.

4. Makan 'dark chocolate' sebagai dessert

Pasti ramai diantara anda merupakan penggemar coklat dan benda-benda manis. Mengambil 'dark chocolate' sebagai dessert adalah cara terbaik untuk memotong pengambilan kalori dan gula . Perbandingan antara pengambilan dark chocolate dan coklat susu adalah yang mana coklat susu mempunyai 220 kalori berbanding dark chocolate sebanyak 170 kalori. Perbezaan kuantiti gula di antara kedua-duanya adalah sangat berbeza.

Dengan memakan dark chocolate lah ini boleh menggantikan keinginan anda kepada benda-benda manis yang lain seperti kek, air batu campur dan macam-macam makanan lain yang mempunyai lebih banyak kandungan kalori. Ini juga dapat mengelakkan mereka yang sedang mengalami diet ketat makan secara berlebihan kerana dengan pengambilan coklat juga menyebabkan mereka mudah berasa kenyang.

dark-chocolate

5. Memperbanyakkan pergerakan

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap gerakan kita memerlukan tenaga yang mana tenaga ini diperoleh daripada kalori yang terbakar. Lakukan lebih banyak pergerakan di rumah ataupun di tempat kerana ini juga membantu anda untuk menurunkan berat badan anda jika dilakukan secara konsisten. Tidak semestinya anda perlu ke gym dan melakukan senaman sehingga berjam-jam kerana kadangkala kita tidak mempunyai cukup masa untuk ke gym atau taman.

Antara caranya ialah jika sebelum ini anda menggunakan lif untuk naik ke ruang kerja anda, apa kata anda ubah kepada menggunakan tangga dan jika boleh cuba letakkan kereta anda jauh sedikit dari bangunan pejabat anda supaya anda ada peluang untuk berjalan kaki. Tapi pastikan anda berada di tempat yang selamat. Anda pasti terkejut melihat hasilnya di mana anda boleh melihat keberkesanan teknik ini selepas beberapa tempoh masa jika melakukan dengan konsisten.

6. Makan lebih kerap tetapi sedikit

Apabila mendengar tips ini pasti anda berasa pelik dan fungsinya. Anda pasti membayangkan apabila makan lebih kerap pasti akan menyebabkan berat badan anda semakin bertambah. Apa kata cuba cara begini. Jika sebelum ini anda makan 3 kali sehari cuba ubah kepada 5 ataupun 6 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana apabila anda makan pada suatu waktu itu dengan kuantiti yang banyak, badan anda lambat untuk menghadam makanan dan dan semua kalori yang yang berada dalam makanan itu akan diambil dan sesetengahnya disimpan sebagai lemak.

Jadi apabila anda mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit badan anda akan menggunakan kalori tersebut terus menjadi tenaga dan mula membakar lemak yang ada di badan yang tersimpan sementara menunggu pengambilan makanan yang seterusnya.

7. Mendapatkan tidur yang cukup

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa tidur yang sedikit ataupun tidur berlebihan kedua-duanya boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Apabila anda kurang tidur, keletihan akan membuatkan anda memerlukan makanan yang lebih untuk menghasilkan tenaga yang tidak diperolehi ketika anda tidur.

Manakala tidur terlalu banyak boleh menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan dan menyebabkan lebih banyak makanan tersimpan sebagai lemak. Jadi anda mesti pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya di antara 6 hingga 8 jam.

8. Mengunyah pepermint

Kadangkala anda berasa tidak lapar tetapi teringin mengunyah sesuatu. Jika keinginan ini dilayankan, pasti anda akan cuba memenuhi keinginan anda dan menyebabkan anda mencari makanan yang tinggi kalori. Apa kata anda sediakan gula getah ataupun gula peppermint di dalam beg anda.

Ketika anda mula berasa lapar atau teringin mengunyah sesuatu, apa kata anda lambatkan keinginan anda untuk makan dengan mengunyah peppermint atau makan gula-gula. Terdapat kajian yang mengatakan individu yang mencium bau peppermint setiap dua jam boleh menyebabkan mereka kehilangan 2kilogram berat setiap bulan .

peppermint

Semoga tips ini dapat membantu anda di luar sana yang tidak mempunyai banyak masa dan juga tidak mahu terlalu bersusah payah untuk menguruskan badan kerana cara ini amatlah santai dan tidak membebankan. Selamat Mencuba!— EdisiRakyat.com, 5 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post