Apa akan jadi jika kita tak makan gula langsung selama lapan minggu?

RAMAI orang yang cuba untuk kurus, dan cuba untuk mengelak dari mengambil gula dalam makanan seharian. Tidak dinafikan ramai yang berjaya, namun tidak kurang juga yang gagal menepis nafsu godaan gula.



Saya merupakan salah seorang daripada mereka yang disebutkan di atas. Saya selalu makan coklat dan aiskrim, dan disebabkan oleh tabiat pemakanan yang buruk serta tidak bersenam, jadikan saya seorang yang obesiti. Saya juga sering menghidap selesema.

Ice Cream

Tiga tahun lalu saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil gula dalam diet harian. Tentu anda boleh bayangkan bagaimana perasaan saya apabila melihat pelbagai makanan manis yang sangat saya sukai dan menyebabkan saya rasa mengidam.

Minggu pertama.

Pada peringkat awal saya mengalami perasaan membuat buah untuk membatalkan niat untuk tidak lagi mengambil gula dalam makanan seharian.

Saya rasa ini merupakan minggu paling sukar, saya merasa begitu teringin nak makan gula. Kepala terasa pening dan tekak berasa loya. Rupanya ini merupakan tanda-tanda bahawa badan saya sedang melakukan proses adaptasi dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru.


Minggu kedua

Keadaan menjadi semakin baik, saya mula merasa seronok mengambil makanan harian tanpa gula. Namun dalam hati sebenarnya teringin kalau dapat gigit sikit coklat KitKat pun jadilah. Tapi saya tetap kuatkan semangat.

Minggu ketiga dan keempat.

Perasaan mengidam untuk mengambil gula sudah pudar atau boleh saya katakan hilang sama sekali. Tapi saya kerap makan keju, kali ini saya rasa ketagih nak makan keju pula.

Minggu kelima sampai ke lapan.

Walaupun saya rasa sukar untuk berkata 'tidak' apabila saudara mara menawarkan makanan manis seperti gula-gula, dan kek, tapi saya tetap kentalkan semangat, dan nampaknya tak ada masalah pun menolak pelawaan mereka. 

Pada waktu ini saya dapat menikmati kehidupan baru dengan rasa yang seronok tanpa mengambil gula dalam makanan, cuma ada sedikit perasaan bersalah kerana terpaksa kecewakan ahli keluarga banyak kali sebab sebelum ini mereka tahu saya sukakan makanan yang manis. Tapi tak ada masalah langsung saya masih boleh teruskan hidup dengan baik dan sihat.

Apa hasilnya?


Disini saya menceritakan pengalaman saya tidak mengambil gula langsung selama lapan minggu. Namun sampai ke hari ini saya sudah tidak mengambil gula selama 36 bulan, ya sudah tiga tahun saya tak ambil gula langsung dalam makanan.

Sampai sekarang sudah 6 bulan berturut-turut saya langsung tidak menghidap selesema lagi. Sebelum ini saya sering mendapat selesema paling kurang sekali dalam sebulan dan setiap kali ia mengambil masa tiga hingga empat hari untuk sembuh.

Tiga bulan lalu saya ada merasa sedikit selsema, namun tak sampai sehari sudah sembuh. Saya pun dah mula bersenam dan berjaya turunkan lebih 20 kg berat badan.

Apa yang saya nak sampaikan kepada anda semua, sebenarnya tak ada masalah pun jika kita langsung tidak mengambil gula atau kurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.

Hanya pada peringkat awal sahaja ketika badan kita cuba menyesuaikan diri, kita akan rasa sedikit terseksa untuk tidak mengambil gula namun keadaan itu hanyalah sementara.

Kini saya ada juga mengambil sedikit gula dalam makanan tapi dalam jumlah yang terbatas dan sederhana. Saya juga sentiasa berhati-hati ketika makan dan selalu mencari alternatif makanan yang lebih sihat.

Apa yang saya pelajari dalam hidup saya tiga tahun lalu ialah, apabila kita kerap mengambil gula dalam makanan kita akan merasa ketagih dan mengidam.


Saya pernah merasa ketagih dan menghidap yang amat sangat untuk makan gula-gula, tapi pada waktu itu saya mengambil keputusan untuk tidak melakukannya bagi membina dan melatih semangat dalaman. 

Saya mahu minda saya yang buat keputusan dan mengawal apa yang patut saya makan dan bukannya makanan itu sendiri yang mengawal saya. — EdisiRakyat.com, 19 Disember 2020

Artikel ini ditulis oleh Razak Fansuri seorang penjawat awam yang bertugas di Semenanjung Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post