Lelaki ini tak pernah turunkan tangan kanannya sejak 47 tahun lalu

SEMASA zaman sekolah dahulu, tentu ramai pernah didenda kerana tak siap kerja sekolah, cikgu suruh angkat tangan sambil junjung buku latihan dari mula kelas sampai habis. Rasa macam nak tercabut tangan.

Dalam angkatan tentera, ada sesi latihan tertentu di mana anggota disuruh atau kadang kala didenda supaya menjunjung senjata bagi tempoh jangka masa tertentu.

Sadhu Amar Bharati

Tapi ada seorang lelaki yang tinggal di India ini, mendakwa tidak pernah menurunkan tangannya sejak 47 tahun yang lalu.

Dalam tahun 1973, Sadhu Amar Bharati dilaporkan mengambil keputusan untuk mengangkat tangan kanannya ke udara pada sudut 90 darjah.

Akibat daripada perbuatan itu, semua jari-jari pada tangan kanannya telah menjadi layu. Buku lima jarinya bertukar menjadi berwarna putih dan mereput, kukunya tetap memanjang tetapi berpusar.

Tangan kanan Amar Bharati

Amar Bharati pada awalnya menjalani hidup seperti orang kebanyakan. Dia mempunyai pekerjaan, rumah, seorang isteri dan dikurniakan seramai tiga orang anak.

Difahamkan pada suatu malam di dalam tahun 1970, Amar Bharati telah mengalami mimpi yang mengarahkan agar dia meninggalkan kehidupan duniawi untuk mengabdi kepada dewa agama Hindu iaitu dewa Siva.

Susulan daripada mimpi itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja, meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya seterusnya mengenakan pakaian sederhana sambil membawa sejenis logam bernama Trishula yang pada pemahamannya merupakan senjata dewa Siva.

Amar Bharati mengganggap dirinya sebagai seorang Sadhu, iaitu seorang pemuda Dewa Siva. 

Namun selepas 3 tahun melalui perjalanan spiritual itu, dia merasakan ia tidak mencukupi di mana dirinya masih lagi mempunyai perasaan cenderung kepada duniawi. 

Justeru, Amar membuat keputusan untuk mengacung tangan kanan ke udara dan tidak lagi menurunkannya demi untuk memutuskan dirinya daripada kemewahan dan kehidupan duniawi.

Amar Bharati turut bernazar tidak akan menggunakan tangan kanannya untuk urusan apa pun sepanjang hidupnya di muka bumi ini.

Pada awalnya dia merasa penat dan sakit yang amat sangat, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dalam keadaan tangan terangkat ke udara seperti itu.

Kini difahamkan, tangan kanannya itu sudah tidak lagi berfungsi, kerana ia sudah menjadi layu, mengurus, hanya tinggal tulang dan daging selain sudah mengeras dalam keadaan terangkat ke udara.

Ramai juga rakan Bharati yang cuba untuk mengikut jejak langkahnya, namun kebanyakan mereka menyerah kalah kerana tidak sanggup menahan rasa penat dan sakit. — EdisiRakyat.com, 24 Disember 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post