Wanita ini jadi pujaan ramai lepas tikam perut teman lelaki kerana cinta yang mendalam

SEORANG wanita berusia 21 tahun, dilaporkan menikam perut teman lelakinya kerana cinta yang mendalam, namun tanpa disangka-sangka, perbuatan jenayahnya itu menerima pujian ramai di media sosial.



Semasa dibawa ke balai polis selepas ditemui duduk dalam keadaan berlumuran darah bersebelahan dengan teman lelakinya yang cedera parah, Yuka Takaoka dilihat tersenyum menyeringai menyebabkan gambarnya itu tular dan menjadi sensasi dan perbualan hangat di media sosial.

Yuka Takaoka

Lebih mengejutkan, Yuka Takaoka yang sepatutnya dikecam kerana melakukan jenayah kejam, sebaliknya menjadi pujaan ramai remaja kerana dianggap sebagai 'Yendere' dalam dunia yang sebenar (real life Yendere).

Jika anda tidak pernah dengar tentang istilah 'Yendere' ia merupakan satu perkataan berasal dari anime Jepun membawa maksud: 

"Watak atau sifat seseorang, biasanya merujuk kepada gadis baik, penyayang dan lemah lembut namun begitu obses dengan cinta sehingga kadang kala sanggup meluahkannya menerusi perlakuan yang kejam."

Terdapat permainan online popular bernama "Yendere Simulator" di mana pemain boleh memegang watak Yendere untuk mengejar cinta sejati menerusi cara yang kejam.

Yendere Simulator

Bagaimana Yuka Takaoka boleh dianggap sebagai Yendere? 

Gambar Yuka Takaoka sedang menghisap rokok sambil bercakap di telefon bersebelahan dengan teman lelakinya yang berbogel dalam keadaan berlumuran darah tersebar secara meluas di media sosial.

"Saya tidak mahu pergi ke mana-mana, saya tidak mendapatkan bantuan kecemasan kerana saya ingin mati selepas melihatnya mati ditikam,"


"Rancangan saya untuk membunuhnya dulu, kemudian barulah saya akan membunuh diri. Kerana saya sangat cintakan dia, saya tak mampu mengelaknya,"

"Selepas bunuh dia saya pun mahu mati juga," katanya kepada pihak polis seperti yang dipetik dalam laporan media.

Yuka Takaoka

"Saya fikir saya akan membunuhnya kerana saya rasa itulah cara untuk saya bersamanya."

"Saya rasa luahan seperti 'aku sukakan kau' dan 'aku mahu bersamamu' hanya akan menjadi realiti jika kami berdua mati," katanya.

Selepas kejadian itu tersebar, pelbagai karya seni dimuat naik menerusi media sosial sebagai 'tribute' kepada wanita yang dianggap sebagai Yendere di dunia nyata itu.

Pelbagai lukisan mengambarkan seorang wanita sedang menghisap rokok sambil memegang sebilah pisau dikongsikan.

Yandere fans

Luna yang ditemui selepas kejadian pula dilaporkan langsung tidak menyimpan perasaan marah atau berdendam dengan teman wanitanya itu meskipun selepas apa yang dilakukan kepadanya.

Menurutnya dia hanya sedar selepas 5 hari selepas kejadian itu berlaku. Doktor yang merawatnya memberitahu dia hanya ada 20 peratus kemungkinan untuk hidup.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, kata Luna pada 23 Mei 2019, dia bercadang untuk membantu Takaoka mengemas kediamannya pada waktu sekitar tengah hari.


Namun oleh kerana sibuk dengan kerja dia sampai selepas 3 jam kemudian. Namun dia mengambil keputusan untuk mandi dan berehat, sebelum tertidur di atas katil. Ketika itulah perutnya ditikam.

"Selepas saya rasa tidak selesa di bahagian perut, saya nampak sebilah pisau terpacak dan banyak darah berlumuran,"

"Apa yang pelik saya tak rasa sakit, tapi saya terkejut dan takut. Jadi saya menolak Takaoka dari katil dan melarikan diri. Dia kemudian mengejar saya, saya fikir saya dah mati,"

Takaoka berjaya menangkapnya ketika Luna keluar dari pintu hadapan rumah.

"Tapi saya bergelut dan berjaya sampai ke dalam lif," katanya. "Saya tidak sedar lagi selepas saya sampai di lobi. Saya tak ingat lagi yang lain," ujarnya. — EdisiRakyat.com, 23 Disember 2020

Catat Komen

0 Ulasan