5 kejadian kentut yang mengubah sejarah dunia

SIAPA sangka perbuatan melepaskan angin, atau bahasa ringkasnya kentut boleh memberi impak besar, malah mampu mengubah sejarah dunia. 

$ads={1}

Dalam catatan sejarah, terdapat banyak peristiwa kejadian kentut yang memberikan implikasi besar kepada masyarakat. Ada yang membuatkan individu jadi terkenal, memberi kekayaan, malah ada juga mencetuskan pemberontakan dan peperangan seterusnya mengorbankan puluhan ribu nyawa.

perang

Jadi jangan pandang ringan dengan "kentut" kerana ia mampu memberi implikasi besar, sama ada negatif mahupun positif. Mari kita lihat lima peristiwa kentut yang pernah berlaku sebelum ini dan telah merubah sejarah dunia.

1. Perang Yahudi — 10,000 terkorban

Dalam buku laris terjual berjudul The Jewish War (Perang Yahudi), ada diceritakan bagaimana seorang tentera Rom kentut di depan orang-orang Yahudi sedang menghadiri upacara keagamaan. Orang-orang Yahudi merasa terhina sekaligus mereka mula membaling batu ke arah tentera berkenaan.

Melihatkan tentera itu dibaling dengan batu, seorang Komander Empayar Roman masuk campur dan mengarahkan bala tenteranya menyerang orang-orang yahudi.

Kejadian itu telah mencetuskan rusuhan besar-besaran, orang-orang Yahudi ketika itu lari bertempiaran saling bertembung dan berlanggar sesama mereka mengakibatkan kematian lebih 10,000 orang.

2. Pemberontakan di Mesir pada 569 BC akibat kentut

Berdasarkan catatan ahli sejarah Greek, Herodotus, pernah berlaku pemberontakan di Mesir pada 569 sebelum masehi, terhadap Apries, Firaun Mesir ketika itu. 

Bagi menenangkan keadaan, Apries telah menghantar salah seorang komander tentera bernama Amasis untuk menghentikan pemberontakan itu. Malangnya pihak pemberontak telah menabalkan Amasis pula sebagai Firaun baru.

Selepas kejadian itu, Apries telah menghantar penasihatnya Patarbemis untuk berbincang kepada Amasis, namun sebagai jawapan, Amasis telah kentut di hadapan Patarbemis sambil memberitahunya "bawa kentut ini pulang kepada Apries"

Menurut sejarawan Greek itu, ketika Patarbemis pulang dengan berita itu, Apries telah bertindak mengerat hidung dan telinga penasihatnya itu. 

Perbuatan kejam itu dengan cepat tersebar, sekaligus membuatkan pemberontakan terhadap Apries semakin kuat dan tercetusnya siri-siri peperangan. 

perang firaun

Akhirnya Apries telah ditawan oleh tentera Amasis namun masih dilayan dengan baik sehinggalah dia diserahkan kepada rakyat Mesir yang mahukan keadilan. 

Apries kemudian dicekik sehingga mati di tangan rakyat Mesir. Selepas kejadian itu Amasis memerintah Mesir sebagai Firaun dari tahun 569 BC sehingga 525 BC.

$ads={2}

3. Puisi popular inspirasi dari kentut Henry Ludlow di parlimen dalam tahun 1607

Henry Ludlow merupakan seorang ahli politik berbangsa Inggeris yang menduduki House of Commons dari tahun 1601 sehingga 1611.

Ketika menyampaikan ucapan, Henry telah terkentut dan bunyinya bergema di seluruh dewan parlimen sekaligus menyebabkan semua orang ketawa berdekah-dekah sebelum mereka semua berdebat tentang isu-isu prosedural berhubung perbuatan kentut dalam parlimen itu.

Kejadian itu kemudian telah dirakam dalam sebuah puisi popular bertajuk "The Censure of the Parliment Fart (1607),"

Puisi itu seterusnya menjadi puisi politik paling popular ketika zaman Stuart di England, malah masih lagi dibincangkan sampai ke hari ini. Termasuklah artikel ini pun membincangkan kisah kentut Henry itu.

4. Jadi popular dan kaya kerana kentut

Joseph Pujol merupakan individu yang luar biasa kerana mempunyai kebolehan istimewa untuk menyedut udara menerusi rektumnya sebelum menghembus kembali udara itu, tentu sekali dalam bentuk kentut.

Pujol mula menyedari bakatnya itu ketika sedang berenang berhampiran rumahnya di Cote d'Azur. Ketika berenang, dia menyedari bahawa rektumnya boleh menyedut air menerusi kawalan kemutan duburnya.

Pada mulanya, Pujol menggunakan bakat tu untuk menyembur air pada jarak yang jauh (sejauh 5 meter), sebelum kemudiannya dia menyedari kebolehannya untuk menyedut udara juga.

Selepas menyertai tentera, dia memulakan kerjaya sebagai penghibur di pentas muzik tempatan, menggunakan nama Le Petomane yang bermaksud 'kentut mania'. Nama Pujol mula meningkat naik selepas menyanyikan lagu-lagu seperti "La Marseillaise" dan "Au Clair de Lune" melalui kentutnya.

Dalam tahun 1892, nama Joseph Pujol meletup-letup selepas melakukan persembahan di Moulin Rouge. Antara hiburan yang dipersembahkan ialah bermain seruling menggunakan kentut, memadam lilin dan lain-lain persembahan kentut yang menghiburkan para penonton.

5. Rekod kentut paling panjang dalam dunia

Berdasarkan Gunness Book of World Records, seorang individu bernama Bernard Clemmens merupakan manusia yang secara rasminya mempunyai kentut paling panjang dalam dunia.

Clemmens yang berasal dari London mempunyai catatan rekod kentut selama 2 minit dan 42 saat.

Post a Comment

Previous Post Next Post