China guna calitan dubur untuk ujian Covid-19

MUNGKIN anda rasa tidak selesa dengan kaedah calitan rongga hidung dan kerongkong, untuk ujian Covid-19, namun susulan gelombang baru wabak tersebut, negara China dilapor turut menggunakan calitan dubur sebagai ujian mengesan kehadiran virus itu kepada rakyatnya.

$ads={1}
Menurut pakar tempatan, kaedah itu mampu memberikan bacaan yang lebih tepat. Kaedah pengesanan itu kini lebih kerap dilakukan di Beijing selepas seorang budak lelaki berusia sembilan tahun disahkan positif virus varian UK yang sangat tinggi kadar jangkitannya.

punggung

Difahamkan kaedah calitan dubur itu telah digunakan sejak tahun lalu, namun dikhaskan kepada individu yang tinggal di kawasan 'panas' wabak seperti Shanghai. Ujian calitan hidung dan kerongkong masih kekal sebagai kaedah paling popular kerana ia lebih mudah dan cepat.

"Sudah tentu calitan dubur tidak semudah calitan kerongkong, jadi ia hanya digunakan kepada individu dalam kawasan kuarantin utama," kata Li Tongzeng di Hospital You'an Beijing.

Calitan akan dimasukkan ke dalam rektum sedalam 3 hingga 5 sentimeter. 

Menurut Tongzeng, penggunaan kaedah itu boleh meningkatkan kadar pengesanan, sekaligus mengurangkan kesilapan diagnosis.

"Apa yang telah kami temui di kalangan pesakit dijangkiti, coronavirus hidup lebih lama dalam salur makanan atau najis berbanding salur pernafasan mereka," kata Tongzeng.

$ads={2}
Newsweek pula melaporkan, lebih satu juta penduduk Beijing menjalani ujian Covid-19 ketika gelombang baru virus itu melanda melalui kaedah calitan dubur. Kaedah itu dikatakan lebih tepat dan meningkatkan kadar kebolehkesanan virus kata pakar jangkitan China.

Daerah utama Daxing dan Dongcheng telah mula melakukan ujian besar-besaran pada hari ahad selepas seorang budak lelaki berusia sembilan tahun disahkan positif virus varian UK, yang lebih mudah merebak bulan lalu.

Varian UK itu kali pertama ditemui di London dan tenggara England sejak bulan lalu.

Pihak berkuasa kesihatan di ibu negara China itu berkata, negara itu kini mensasarkan ujian kepada lebih dua juta penduduk dalam masa 48 jam. Sekitar 1.6 juta daripada jumlah itu yang tinggal di Daxing akan diberikan ujian-ujian antibodi, kerongkong, hidung dan calitan asid nukleik dubur.

Ujian saringan dubur telah digunakan sejak tahun lalu, melibatkan penduduk bandar-bandar utama di Shanghai. Namun kata seorang pakar jangkitan yang dipetik oleh media kerajaan China, CCTV kaedah itu hanya dijalankan ke atas individu yang tinggal di kawasan 'panas' Covid-19.

Post a Comment

Previous Post Next Post