Lelaki ini berjaya gagalkan perang dunia ketiga

SELALU kita lihat di dalam filem-filem barat, kisah wira yang berhasil menyelamatkan dunia dari pelbagai malapetaka dan bencana akibat kerakusan penjahat. Kebanyakan filem itu bersifat fiksyen dan sering kali ia tidak realistik untuk berlaku dalam kehidupan sebenar.

Kisah individu menjadi wira menyelamatkan dunia, memang benar-benar wujud dalam dunia sebenar. Mungkin tidak ramai orang yang mengenali lelaki ini. Namun beliau telah berjasa besar kerana keputusan diambilnya 38 tahun lalu berjaya menyelamatkan berbilion nyawa dan tamadun manusia yang dapat kita lihat sampai ke hari ini.

Petrov Stanislav

Lelaki ini bernama Stanislav Yevgrafovic Petrov, merupakan seorang anggota berpangkat Leiutenant Colonel dalam Angkatan Tentera Udara Soviet.

Pada 26 September 1983, tiga minggu selepas tentera soviet menembak jatuh pesawat 007 milik Korean Airlines, Petrov ketika itu ditugaskan sebagai pegawai di pusat kawalan sistem amaran awal serangan nuklear.

Pada waktu itu, Petrov telah menerima amaran 5 serangan peluru berpandu USAF Minuteman berkuasa nuklear yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Ketika itu sepatutnya Petrov wajib mengambil tindakan untuk melakukan serangan balas nuklear terhadap pihak yag melakukan serangan, selepas beberapa sumber yang diperlukan telah mengesahkan serangan nuklear tersebut.

Berdasarkan doktrin (Memastikan kemusnahan bersama) "Mutual Assured Destructrion" (MAD) yang diamalkan oleh strategi ketenteraan Soviet, jika amaran awal serangan nuklear dikesan oleh Rusia dari pihak lawan, tindakan yang wajib diambil adalah untuk segera melancarkan serangan balas nuklear terhadap pihak yang memulakan serangan.

Meskipun menyedari serangan peluru berpandu dari Amerika itu pasti membawa kehancuran maha dahsyat, namun Petrov memilih untuk tidak mengikut arahan pihak atasan sekaligus telah menggagalkan serangan balas kerana dia merasakan isyarat amaran itu palsu.

Bayangkan jika ketika itu Petrov hanya mengikut sahaja arahan pihak atasannya, tidak syak lagi pihak Amerika pasti akan melakukan serangan balas, seterusnya kejadian berangkai membawa kepada perang dunia ketiga dengan pertembungan kuasa-kuasa nuklear pasti tercetus seterusnya bakal mengorbankan berbilion nyawa manusia dan menghancurkan segala tamadun di muka bumi ini.

Jelas sekali Petrov telah menyelamatkan dunia.

Kejadian amaran awal palsu itu seterusnya telah memalukan pihak atasan ketenteraan Soviet dan perkara itu terus disenyapkan daripada pengetahuan awam sehinggalah ia terbongkar dalam tahun 1990.

Kejadian itu ditulis menerusi terbitan sebuah buku memoir Colonel General Yuriy Vsyevolodich, seorang komander bersara Unit Peluru Berpandu Pertahanan Udara Soviet yang juga merupakan pegawai yang bertanggung jawab ketika kejadian itu.

Stanislav Petrov

Difahamkan selepas kejadian itu, Petrov tidak diberikan sebarang anugerah atau hukuman atas tindakannya melanggar arahan pihak atasan.

Namun dia ditukarkan untuk bertugas di bahagian lain dalam angkatan tentera yang kurang penting. Petrov kemudian mengambil keputusan untuk bersara awal.

Petrov meninggal dunia pada 19 Mei 2017, akibat hypostatic pneumonia pada usia 77 tahun. — EdisiRakyat.com, 5 Januari 2021

Sumber nytimes.com | bbc.com | vox.com

Post a Comment

Previous Post Next Post