Tujuh undang-undang gila zaman kerajaan Rom

PEMERINTAHAN Rom telah memberi banyak sumbangan kepada tamadun moden dunia hari ini. Sampai ke hari ini masih banyak kerajaan yang menjalankan pentadbiran berdasarkan tamadun Rom.

$ads={1}

Ketika itu teknologi kerajaan Rom purba sudah sangat maju, mereka bukan sahaja mempunyai sistem pembentungan dan bekalan air dalam bangunan, malah mampu melakukan rawatan rumit ke atas manusia termasuk pembedahan. 

Roman Senate

Meskipun memiliki teknologi yang begitu maju, tamadun yang mampu bertahan selama 1,200 tahun itu nampaknya masih juga mempunyai undang-undang dan budaya yang pelik dan gila.

Nampaknya pemikiran para cendiakawan Rom purba banyak berbeza dengan pandangan dunia moden hari ini dari sudut pelaksanaan peraturan dan budaya. Mari kita lihat antara undang-undang tak masuk akal yang dilaksanakan ketika pemerintahan Rom.

1. Memakai pakaian berwarna ungu adalah satu jenayah.


Ketika zaman Rom purba, orang awam tidak dibenarkan untuk memakai pakaian berwarna ungu. Hanya golongan elit dan bangsawan sahaja dibenarkan memakainya.

Difahamkan undang-undang itu diluluskan bagi mencegah rakyat biasa dari memperolehi pakaian atau barangan yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu sekaligus menguatkuasakan hierarki sosial.

Dalam perihal pakaian berwarna ungu, harganya sangat mahal, kerana proses perbuatannya memerlukan campuran pewarna. Maka pakaian berwarna ungu diharuskan untuk golongan atasan sahaja.

2. Wanita tidak dibenarkan menangis ketika upacara pengebumian


Banyak catatan sejarah menunjukkan pelbagai tamadun dunia yang menggunakan khidmat juru kabung profesional untuk menangis dan merintih ketika upacara pengebumian. Malah sampai ke hari ini pun masih ada amalan itu dilakukan dalam masyarakat tertentu.

Terdapat anggapan bahawa semakin ramai orang yang bersedih atas kematian seseorang individu, menunjukkan si mati itu sangat popular, banyak berjasa dan berpangkat. 

Sebab itulah untuk tujuan itu banyak keluarga kaya yang akan membayar ramai juru kabung sebagai penghormatan kepada kematian ahli keluarga mereka.

Namun amalan itu nampaknya tidak berlaku dalam Kerajaan Rom, sebaliknya mereka telah meluluskan sebuah undang-undang menghalang wanita daripada menangis ketika upacara pengebumian.

Namun undang-undang itu tidak mengaitkan lelaki secara spesifik, kerana masyarakat umum zaman Roman memang sudah menganggap perbuatan lelaki menangis di tempat awam sebagai sesuatu yang amat mengaibkan.

$ads={2}

3. Pekerja seks (pelacur) perlu mewarnakan rambut dengan warna perang.


Majoriti wanita dalam masyarakat Roman, mempunyai rambut berwarna hitam kekal. Wanita yang memiliki rambut perang secara semulajadi biasanya dikaitkan dengan kaum barbarian atau mereka yang datang dari Gaul.

Rambut perang adalah tidak disukai dan tiada wanita Roman memiliki rambut perang. Sebab itulah permpuan pekerja seks seperti pelacur, ditandakan dengan jelas dalam masyarakat Roman dengan warna perang pada rambut mereka. 

Mereka juga tidak dibenarkan bercampur gaul dengan wanita-wanita Roman yang dianggap lebih tinggi statusnya.

4. Individu yang mati akibat dipanah petir tidak boleh dikebumikan.


Masyarakat Rom juga terkenal dengan kepercayaan tahyul dan khurafat. Mereka menganggap panahan petir sebagai tindakan tuhan Jupiter.

Ini membawa maksud, mana-mana individu yang terkena panahan petir pasti menunjukkan bahawa dia telah mendapat kemurkaan Jupiter.

Mana-mana individu yang maut akibat panahan petir, keluarganya tidak dibenarkan mengangkat mayat si mati lebih dari paras lutut, dan juga tidak dibenarkan untuk mengebumikannya.

Mereka percaya, tindakan mengebumikan mayat yang mati akibat panahan petir sebagai mencuri korban yang telah ditetapkan oleh tuhan Jupiter. Barangsiapa yang melanggar peraturan itu, akan dikorbankan sebagai ganti.

5. Seorang ayah dibenarkan menjual anaknya sebagai hamba.


Dalam masyarakat Roman, seorang ayah diberikan "paterfamilias" iaitu kuasa mutlak terhadap isi rumahnya. Kuasa itu juga meliputi semua ahli keluarganya.

Dengan adanya kuasa ini, seorang ayah boleh menjual anaknya untuk menjadi hamba berdasarkan perjanjian yang dicapai dengan pembeli.

Pembeli boleh memiliki dan menguasai anak tersebut dalam jangka masa tertentu, dan anak itu nanti akan dipulangkan semula kepada ayahnya.

6. Wanita merupakan harta benda yang sah kepada suaminya.

Undang-undang Roman menetapkan sekiranya seseorang itu memiliki benda atau barang dalam tempoh tertentu, maka barang itu akan bertukar menjadi harta benda yang sah. Undang-undang ini juga terpakai kepada manusia, termasuk isteri.

Ramai wanita-wanita Roman, mengambil kesempatan kerana terdapat kelemahan dalam undang-undang ini. 

Jika mereka mahu kekal bebas daripada menjadi harta benda yang sah kepada suaminya, pada setiap tahun mereka akan meninggalkan rumah selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

7. Seorang ayah dibolehkan membunuh seluruh ahli keluarganya.


Oleh kerana mempunyai "paterfamilias" seorang ayah ketika zaman pemerintahan Roman, boleh melakukan apa sahaja sesuka hatinya terhadap ahli keluarga. Malah undang-undang Rom melindungi haknya untuk melakukan perbuatan itu.

Ini bermakna seorang ayah boleh mengenakan sebarang hukuman atau bendera keluarganya sesuka hati tanpa had. Ini termasuklah membunuh seluruh ahli keluarga, dan seorang ayah memiliki kuasa mutlak ini meskipun anaknya sudah meningkat dewasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post