Lelaki ini dua kali cuba membunuh semua manusia di muka bumi

SEORANG lelaki Inggeris bernama Thomas Midgley Jr, dinobatkan sebagai individu tunggal paling berpengaruh memberi kesan yang sangat dahsyat kepada nyawa manusia dan alam sekitar.

$ads={1}

Hasil ciptaannya telah membunuh beribu-ribu manusia setiap tahun, dan meninggalkan kesan sangat buruk kepada bumi yang kita diami sampai ke hari ini.

Thomas Medgley Jr.

Dilahirkan pada 18 Mei 1889, di Beaver Falls, Pennsylvania Amerika Syarikat, Thomas Midgley Jr merupakan seorang jurutera dan ahli kimia yang berjaya menemui 'Tetraethyl lead' sebagai sebatian tambahan 'anti-ketukan' dalam bahan api petrol.

Thomas Midgley Jr sengaja mahu bunuh semua manusia di muka bumi

Pada tahun 1919, Midgley bekerja dengan pasukan penyelidikan untuk General Motors Corporation, sebuah syarikat pengeluar kenderaan terbesar di dunia pada waktu itu.

Dunia permotoran pada ketika itu mengalami satu masalah besar iaitu 'ketukan enjin' mengakibatkan bunyi bising seperti ketukan logam, dan mengurangkan prestasi enjin kenderaan. Selain itu masalah ini juga boleh menjahanamkan enjin.

General Motors Corporation merupakan salah satu syarikat pada ketika itu sedang berlumba-lumba mencari penyelesaian kepada masalah 'ketukan enjin' sekaligus mengaut keuntungan lumayan jika perkara itu dapat diselesaikan.

Kajian yang dijalankan oleh Midgley tentang masalah 'ketukan enjin' telah menjadikan dia seorang pelopor kepada bidang kajian pembakaran dalaman enjin kenderaan.

Selepas memulakan kajiannya dalam tahun 1916, Midgley berjaya mengenal pasti bahawa masalah ketukan yang berlaku kepada enjin petrol bertekanan tinggi untuk kenderaan bermotor bukanlah disebabkan oleh sistem pembakaran.

Sebaliknya dia menyedari bahawa, campuran yang digunakan dalam bahan api petrol telah mengakibatkan berlaku pembakaran tidak sempurna dalam enjin dan itulah punca kepada masalah itu.

ketukan enjin

Pada peringkat awal, Midgley dan pasukan penyelidikannya secara tidak sengaja telah menemui penyelesaian terbaik bagi menangani masalah itu, iaitu menggunakan sebatian mengandungi unsur iodine untuk mengurangkan kesan ketukan enjin.

Namun Iodine adalah unsur yang mahal dan tidak efektif dari sudut ekonomi untuk digunakan sebagai sebatian tambahan dalam bahan api.

Midgley dan pasukannya terus menjalankan ujian terhadap bahan-bahan lain dengan menelusuri unsur-unsur kimia dalam senarai unsur jadual berkala. 

Sehinggalah mereka menemui Plumbum sebagai unsur paling sesuai untuk dijadikan sebagai alternatif.

Sebenarnya sejak zaman tamadun Greek hampir 3,000 tahun yang lalu lagi manusia sudah sedia maklum bahawa Plumbum adalah sejenis unsur yang beracun dan sangat berbahaya kepada manusia. Namun Midgley dan pasukannya langsung tidak mempedulikan fakta itu.

Mereka telah menghasilkan produk baru, Tetraethyllead (TEL), sejenis sebatian yang mengandungi plumbum dan dipasarkan secara meluas sebagai agen tambahan 'anti-ketukan'.

Sebenarnya pasukan penyelidikan turut menemui bahawa bahan lain seperti Ethanol, iaitu bahan asas dalam sebatian alkohol boleh juga digunakan sebagai ejen 'anti-ketukan' namun disebabkan alkohol tidak boleh dipatenkan, maka General Motors tetap meneruskan penghasilan produk berasaskan Plumbum itu.

$ads={2}

Dalam tahun 1923 ketika TEL sudah terjual secara meluas dalam pasaran, Midgley jatuh sakit dan telah mengambil cuti selama sebulan disebabkan oleh keracunan plumbum.

Sejumlah 35 kakitangan yang bertugas di kilang yang menghasilkan TEL juga telah dikejarkan ke hospital. Sebilangan pekerja dilaporkan mengalami halusinasi, dan berkelakuan ganjil

Berdasarkan laporan ada sebilangan pekerja kilang berkenaan tiba-tiba meracau kerana merasakan dirinya berada dalam "rumah yang dipenuhi dengan rama-rama"

Kajian yang dijalankan mendapati peningkatan zarah plumbum dalam udara memberi kesan lebih buruk kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Pendedahan secara berlebihan kepada plumbum, secara umum menurunkan keupayaan IQ, dan meningkatkan kecacatan otak di kalangan kanak-kanak.

Terdapat juga kajian mendapati setiap makhluk di bumi ini telah mengalami pencemaran plumbum akibat pelepasan asap daripada kenderaan bermotor.

Saintis juga membuktikan bahawa pertambahan kandungan plumbum dalam udara dalam tahun-tahun sebelum ini telah memberi sumbangan besar menjadikan manusia semakin ganas, kerana pencemaran plumbum memberi kesan langsung kepada otak manusia.

Lead Effect Graph

Setiap tahun beribu-ribu orang mati disebabkan oleh keracunan plumbum yang berpunca daripada pelepasan asap kenderaan. Meskipun hari ini petrol berplumbum telah diharamkan, masih terdapat negara-negara mundur yang masih menggunakannya.

Ciptaan kedua Thomas Midgley Jr.

Tidak cukup dengan ciptaan TEL yang telah menjahanamkan kesihatan manusia. Midgley turut mencipta satu lagi bahan yang telah memberi kesan teruk kepada bumi sampai ke hari ini, iaitu chloroflurocarbon (CFC).

Dalam tahun 1920 an, peti sejuk merupakan perkakas mewah dan hanya golongan kaya mampu memilikinya di rumah.

Ketika itu mereka terpaksa memotong ais dari kawasan sejuk dan memindahkannya ke kawasan panas. Kos untuk mengangkut ais seperti itu menelan belanja yang sangat besar.

Justeru ramai orang menggunakan peti sejuk mekanikal, namun Methyl chloride, bahan penyejuk yang digunakan sangat berbahaya dan sangat mudah terbakar.

Pernah berlaku satu kejadian apabila seramai ratusan pesakit mati disebabkan terhidu gas Methyl chloride yang bocor di hospital Claveland.

Ketika itu General Motors telah mengambil alih sebuah syarikat pengeluar peti sejuk dan meminta Midgley untuk menjalankan kajian mencari gas yang paling sesuai sebagai agen penyejukan.

Midgley berjaya menemui gas Chloroflurocarbons (CFC) yang kemudiannya dipatenkan sebagai Freon untuk dijadikan sebagai cecair penyejuk dalam peti sejuk mekanikal.

Midgley telah menyedut gas itu di hadapan puluhan wartawan dan pihak media untuk membuktikan ia tidak beracun, sebelum menghembusnya semula ke arah sebatang lilin yang menyala sekaligus menunjukkan bukan bahan mudah terbakar.

Bahan ciptaannya itu telah memberikan kejayaan besar kepada General Motors, dan turut digunakan dalam produk-produk lain seperti penghawa dingin, perfume dan deodoran.

Namun akhirnya dalam tahun 1970, para penyelidik telah menemui sebuah lubang yang sangat besar pada lapisan ozon bumi disebabkan oleh pelepasan gas CFC.

Penipisan lapisan ozon yang selama ini melindungi bumi telah membawa kepada pelbagai bencana kepada manusia dan sekali lagi menjahanamkan manusia seluruh dunia.

Banyak negara-negara di seluruh dunia telah bersetuju untuk menghentikan penggunaan CFC sebelum tahun 2035.

Penghujung hayat Thomas Midgley Jr.

Selepas mendapat penyakit polio, Midgley terlantar di atas katil di hari-hari akhir penghujung hayatnya. Dia telah mencipta sistem sokongan menggunakan tali dan takal bagi membolehkan dirinya bangun dari katil. Namun pada 2 November 1944, Midgley ditemui mati tergantung pada tali dan takal yang diciptanya itu. 

Sepanjang hayatnya, Thomas Medgley Jr telah menghasilkan sebanyak 100 ciptaan. Tetraethyllead ciptaannya, telah meningkatkan prestasi enjin, sekaligus menaiktaraf keberkesanan pengangkutan.

Ciptaannya dalam tekbologi penyejukan pula telah membolehkan manusia menikmati penerbangan jarak jauh, tayangan pawagam, peti sejuk di rumah dan lain-lain. Malah manusia boleh hidup dan bertahan di kawasan padang pasir yang panas, kerana ciptaannya.

Namun kesan negatif dari ciptaannya lebih besar daripada yang positif. Ribuan manusia mati setiap tahun hasil kreativiti Midgley. Time Magazine pernah menamakannya sebagai antara "50 orang pencipta paling buruk dalam sejarah dunia".

Post a Comment

Previous Post Next Post