Bawang merah (Allium cepa L) adalah tanaman umbi dari keluarga lili asiasi yang hidup di kawasan tropika. Tanaman berumbi ini berasal dari asia barat. Perkembangan penggunaan bawang merah tidak sepesat seperti bawang bombay dan bawang putih.
Bawang merah hanya selalu digunakan oleh penduduk yang bermukim di asia tenggara. Di negara-negara lain lebih banyak menggunakan bawang bombai. Bawang merah tergolong dalam sayur-sayuran sekaligus rempah dapur bagi sebahagian besar masakan asia tenggara.
Manfaat bawang merah adalah:
1. Meredakan demam
Walaupun tidak memiliki komponen gizi yang bereti jumlahnya, bawang merah memiliki fungsi farmakologi yang cukup penting. Secara empirikal bawang merah telah lama digunakan sebagai herba. Anda mungkin sering melihat anak kecil di sapu kepala dan dahinya dengan parutan bawang merah.
Kaedah pengubatan yang ini dimaksudkan untuk meredakan demam. Pengalaman empirikal tersebut benar adanya sebab secara farmakologi bawang merah bersifat sebagai anti puretik yang secara cepat menurunkan suhu tubuh.
2 Anti inflamasi dan anti alergi
Bawang merah termasuk dalam anti-inflamasi dan anti histamin yang dapat dipercayai. Ujian kimia membuktikan adanya sebatian aktif pada bawang merah iaitu quercitin.
Secara farmakologi, kualiti quercitin diketahui sebagai sebatian yang bekerja aktif dalam menghambat inflamasi dan pelepasan histamin. Kemampuan anti-inflamasi sangat penting untuk mencegah peradangan sedangkan antihistamin yang dimiliki akan mencegah keterjadinya alergi.
3. Antikanser
Selain itu, quercitin juga dikenali sebagai antikanser. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam British Journal Cancer menyebut bahawa dalam ujian ditabung, diketahui quertecin yang diekstrak dari bawang merah mampu menghambat perkembangan sel kanser kulit dan kanser prostat hingga 90% dalam waktu 48 jam.
4. Melancarkan kahak
Bawang merah tergolong sebagai ekspektoran (pelancaran kahak) yang cukup baik. Jika anda batuk cubalah makan bawang merah secara mentah. Kerongkong anda akan lega kerana kahak akan keluar. Sebatian ekspektoran dalam bawang merah akan mengeluarkan lendir.
Lendir inilah yang menyumbat saluran pernafasan yang menjadi pemicu batuk dan ulser dalam perut. Bukan hanya itu batuk yang anda alami akan sembuh kerana bawang merah juga berperanan sebagai arti kuman akan menghambat kuman penyebab TBC, seperti Mycobacterium Tubercolusis.
5. Menghambat Perkembangan Virus Influenza Jenis I
Dalam sebuah ujian makmal yang dilakukan di india disebutkan bahawa bawang merah dapat menghambat perkembangan virus influenza jenis 1. Virus ini sukar disembuhkan oleh antibiotik konvensional, kerana mudah sekali bermutasi menjadi penyakit baru yang kebal.
Virus tersebut mudah menular dari individu satu ke individu lainnya, terutama jika daya tahan tubuh sedang lemah. Disebabkan itu, jika anda menghidap selesema, cubalah mengambil bawang merah.
Khasiat bawang merah mentah lebih baik daripada bawang merah yang digoreng. Jadi, tidak ada salahnya mengambil acar bawang merah dalam menu hidangan anda.

Post a Comment