Ads Top

Suspek bakar tahfiz dilihat tidak menyesal atas perbuatan mereka

TUJUH remaja yang dipercayai telah membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah langsung tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan walaupun sudah ditahan oleh polis.

Sumber dipetik oleh NST mendakwa suspek-suspek tersebut yang berusia di antara 11 dan 18 tahun, hanya menunjukkan muka keras ketika disoal siasat berhubung tindakan jenayah kejam yang membawa kepada kematian 23 orang termasuk pelajar semuda usia 6 tahun.

"Mereka seperti langsung tidak menyesal. Remaja-remaja itu langsung tak minta maaf kerana telah menyebabkan tragedi tersebut,"


"Sepanjang masa ketika disoal siasat, berhubung kejadian itu, mereka hanya melihat ke bawah. Mungkin mereka sedar bahawa memang mereka bersalah,"

"Tiada tangisan atau apa-apa yang menunjukkan mereka rasa menyesal termasuk (suspek) yang paling muda sekali,"

Sumber itu turut memaklumkan, siasatan awal mendapati suspek-suspek tersebut mahu membalas dendam terhadap pelajar-pelajar tahfiz berikutan ejek-mengejek yang berlaku baru-baru ini, yang mana turut melibatkan kejadian membaling botol air.

Dalam masa yang sama penduduk-penduduk di sekitar sekolah berkenaan memberitahu NST bahawa mereka sering melihat remaja-remaja itu berpeleseran di Taman Tasik Dato' Keramat yang terletak di belakang sekolah tersebut.

Salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia 40-an berkata bahawa dia mengenali wajah sebahagian daripada suspek-suspek berdasarkan gambar-gambar yang menjadi viral pada hari Sabtu.

"Budak-budak yang kena tangkap tu dari sekitar sini. Saya selalu nampak mereka di sini banyak kali menunggang motosikal,"

"Daripada apa yang kami (penduduk) faham, kebanyakan mereka adalah anak-anak pendatang asing yang tinggal di Dato Keramat. Budak-budak tu dilahirkan di sini tapi mereka tak pergi sekolah,"

Seorang lagi penduduk, wanita berusia 60an yang juga enggan namanya disiarkan berkata, selama bertahun-tahun, kawasan tasik telah dijadikan tempat berpeleseran budak-budak nakal, ada yang menghisap rokok dan mungkin mengambil dadah.

"Sudah bertahun-tahun, kadangkala kita boleh nampak sekumpulan besar remaja berpeleseran di tasik."

Secara kebetulan dakwanya lagi, kawasan kejiranan berkenaan menyaksikan peningkatan kes-kes jenayah terutama kecurian dan pecah rumah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam berkata bahawa pihak polis percaya telah menyelesaikan kes tersebut berikutan penangkapan remaja-remaja berkenaan.

Katanya siasatan pihak polis mendapati remaja-remaja tersebut memang berniat membakar sekolah di Jalan Keramat Hujung disebabkan dendam berikutan insiden ejek-mengejek di antara mereka dan pelajar tahfiz baru-baru ini.

Menurut Amar, suspek-suspek tersebut yang kini disiasat atas kesalahan membunuh dan khianat menggunakan api telah menggunakan dua biji tong gas memasak dan bahan mudah terbakar untuk membakar bangunan tahfiz tiga tingkat awal pagi hari Khamis lalu.

Pihak polis telah menahan remaja-remaja berkenaan di antara jam 6.30 pagi Jumaat dan 2.30 pagi Sabtu dari pelbagai lokasi di Dato' Keramat berdasarkan petunjuk yang diperolehi melalui rakaman CCTV dan penemuan forensik yang mengesahkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada perbuatan khianat. — EdisiRakyat.com, 18 September 2017

12 comments:

  1. depa tu nanti mula2 masuk henru gurney melaka ,tau la nasib depa kat sana tu nanti.

    ReplyDelete
  2. Tak payah duk bela lg pmbunuh2 itu. Sedap mereka duk dlm tu, mkn tnggung, berak cgkung..tk kirala bwah umur ke atas umur ke, hisap syabu ka, tahi lembu ka, beratnya mwrwka dh rancg 1 pembunuhan yg maha kejam, tiada siapa yg akn trselmat klau dh diletupkn dlm bilik yg dkunci dri luar, dn bukan seorg atau 2, tetapi puluhan sdgkan yg dbunuh pulk anak tahfiz yg masih muda..klau sya sya bkar semua jhanam2 tu..depan mak bapak mereka.full stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl bro elok di bakar je jahanam2 ni . Kecik2 dh jadi setan

      Delete
  3. Kite bakor diorang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruh ruh mereka terlalu lemah maka jasad mereka telah dikuasai oleh syaitan 2 justru tiada rasa bersalah..sesalan apatah lagi nak minta ampun...itu lah setan nyata yang menyarungi jasad manusia..melalui jalur jalur aliran yg di tinggalkan oleh senjata setan yg di namakan dadah ganja dan syabu.

      Delete
  4. anak2 pendatang asing yg tak pegi sekolah...

    ReplyDelete
  5. mula2 artikel kata mrk dibuang sekolah... hmmm... kurang sambutan... tambah sikit rencah... kata mereka anak pendatang asing... alah kalau setakat dr Selangor pun kira asing juga dr KL... janji sentimen anti penduduk asing kembali membara... lebih2 bila waktu kerajaan nak terima pelarian Rohingnha ni

    ReplyDelete
  6. Sapa yg duduk area keramat tau la..mmg kawasan indon pun ctu.. indon2 x sedar diri! Berlagak lebih dr warganegara..pegi la melawat dulu..taman tu pn dieorg conquer! Isap gam, ganja xde cover lsg..semua bdk2 kecik lg..tapi perasan samseng taik kucing

    ReplyDelete
  7. Nk salahkan sape lg kalau bukan pemerintah kite sendiri yg suke masukkan warga2 asing,untuk menang undi..camni lah jadi nye..

    ReplyDelete
  8. Tu la malaysia trlalu lmbut smpi ank2 pendatang asing ada kt sini... halau je blk negara asal.. bdk sampah je

    ReplyDelete
  9. 'Membakar'ni synonim kaum pendatang..Klu nak kira pendatang di Sumatera Timur pun kejam hingga sanggup membakar Istana Langkat hingga jd debu dan melenyapkan seluruh bangsawan Melayu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.