Filem terbitan anak Datin Rosmah diharamkan tayangannya di Malaysia

FILEM terbitan anak Datin Rosmah Mansor, Riza Aziz  "The Wolf of Wall Street" diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran banyak bahasa kurang sopan serta mengandungi babak lucah yang melampau lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter, THR.

THR melaporkan, "Sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR bahawa pengedar filem itu sudah sedia maklum, mereka akan berdepan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya".

Filem, yang menjadi pesaing dalam anugerah berprestij Academy Award itu, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. 

Menurut Variety, perkataan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.

Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.
 
Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan.

Sebelum ini Daily Mail melaporkan, 45 minit babak di dalam filem tersebut terpaksa dipadam kerana kandungan lucah dan bahasa tidak sopan yang tidak sesuai dengan budaya Timur Tengah. 

Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat antarabangsa — EdisiRakyat.com 


Post a Comment

Previous Post Next Post