Anak bunuh ibu kerana enggan beli telefon pintar

SEBUAH pertengkaran di antara seorang ibu dan anak lelakinya sejak malam semalam dilaporkan berakhir‎ dengan tragedi apabila si ibu mati ditikam pada hari Sabtu.

Ketua Polis, ACP Gan Tian Kee dilaporkan sebagai berkata, suspek berusia 18 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung tragedi tersebut. 

"Kes telah diselesaikan, anak lelaki menikam ibunya kerana masaalah keluarga," kata beliau seperti yang dilaporkan Bernama.

ACP Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berhubung masaalah yang dihadapi keluarga tersebut. 

Difahamkan pertengkaran hangat tercetus berpunca daripada keengganan ibu untuk membeli telefon pintar yang dipinta oleh anak lelakinya. 

Mayat mangsa, yang juga merupakan seorang guru tuisyen, ditemui dalam sebuah kereta jenis Hyundai Atos di sebuah tempat letak kereta di pusat bandar sekitar jam 3:00 petang pada hari Sabtu.

Polis turut menemui sebilah pisau di dalam kereta dipercayai digunakan untuk membunuh.‎ — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post