Saya tidak akan bertanding pada PRU14 — Khalid Ibrahim

MANTAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum ke-14.


Kenyataan itu mengulas laporan mengatakan bahawa pimpinan Pas menentang parti islam itu daripada memberikan ruang kepada ahli parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Kelang itu bertanding di bawah tiket parti.


Kata Khalid, tidak ada sebab bagi segelintir pihak merasa bimbang berhubung perkara itu kerana beliau telah memaklumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.


Tambahnya lagi, sokongan terhadap pas bukan untuk mendapatkan status atau jawatan.


TSKI

"Pencapaian saya setakat ini alhamdulillah, saya amat bersyukur dan tiada keperluan untuk menambah apa-apa lagi."


"Sekarang ini saya hanya mahu melakukan amal demi pembangunan Ummah dan negara. Sebab itulah saya menyokong PAS kerana ia sebuah parti yang berasaskan kebajikan dan membuat kebaikan tanpa rasa takut dan tanpa mengharapkan balasan."


"Saya nampak ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya bersama PAS tetapi saya percaya rakyat boleh membaca antara kebenaran dan hasutan." katanya menerusi Facebook.


Katanya lagi, terdapat pihak yang tidak senang dengan keakrabannya bersama Pas, namun beliau yakin rakyat boleh membaca antara kebenaran dan hasutan.


Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi sebelum ini dilaporkan bersetuju dan bersedia untuk menyokong Khalid bertanding dalam mana-mana kerusi di Selangor di bawah logo Parti itu dalam pilihan raya umum ke-14. —EdisiRakyat.com, 8 Februari 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post