Sejarah dan Evolusi Bola Sepak

EVOLUSI Bola Sepak Setiap perkara dan benda termasuk sukan mempunyai sejarah yang tersendiri. Sebagai peminat bolasepak sudah semestinya penulis menanggap sejarah bola sepak adalah yang paling menarik berbanding sukan-sukan yang lain. Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa, meniti arus angkara, lupakan kisah yang lalu, teguhkan tugu imanmu, doaku buat pembaca sekalian. Macam lirik lagu pulak.

Ahli pengkaji sejarah telah berusaha keras untuk cuba mengesan individu yang bertanggungjawab mencipta permainan bola sepak untuk dibawa ke muka pengadilan tetapi gagal. Nampaknya asal usul bola sepak ini akan terus kabur ditelan misteri.. misteri.. misteri..

Tetapi dalam pencarian sejauh hampir 4500 tahun selepas itu pengkaji sejarah telah menemui budaya setempat yang pertama bermain permainan yang seakan-akan bola sepak. Ayuh kita menyusuri sejarah tanpa perlu bersandarakan pada kenangan yang bermula dari permainan seakan-akan bola sepak sehinggalah menjadi bola sepak yang kita kenali hari ini. Kajian berdasarakan artifak dan resepi turun-temurun telah menjelaskan bahawa bola sepak telah mula dimainkan di zaman purba Mesir, Greek, Jepun, China dan Rom. Prinsip asas permainan terus bertahan betahun-tahun dan terus dimainkan sehingga zaman pertengahan. 

Minat tengok EPL tu belum dikira peminat tegar bola sepak. Kena tahu asal usul dan sesikit sebanyak kisah silam berkenaan bola sepak.


Bola Sepak Bermula Di Zaman Purba Mesir

Bola yang diperbuat daripada linen telah dijumpai pengkaji sejarah dalam makam kepunyaan orang Mesir yang berusia 2500 tahun sebelum masihi. Sesetengah bola diperbuat daripada usus atau kulit binatang untuk menambahkan lantunan dan keanjalan pada bola.

Bedasarkan lukisan dan artifak, sarjana menafsirkan teori bahawa orang Mesir bermain permainan seakan bola sepak semasa pesta menyambut kelahiran. Masyarakat Mesir ketika itu, membalut bola sepak mereka dengan kain berwarna cerah dan menyepak bola tersebut ke tanah untuk meraikan kemewahan dan kekayangannya mereka yang ada di bumi.

Patutlah Mohamed Salah power sangat. You'll never walk alone.  

Kira-kira 2000 tahun kemudian, satu permainan dalam cara yang berbeza tetapi masih seakan-akan bola sepak telah muncul di China.


Bola sepak Di Zaman Purba Greek

Zaman purba Greek dan Rom terkenal dengan permainan berasaskan bola yang kadangkala dimainkan menggunakan kaki. Bola sepak zaman purba Greek dikenali sebagai Episkyros dan telah diiktiraf FIFA sebagai permainan seperti bola sepak terawal yang pernah dimainkan manusia di muka bumi ini. Episkyros dimainkan dengan menggunakan bola yang lebih kecil oleh dua pasukan dalam satu kawasan segi empat tepat yang ditanda sempadannya dan garisan tengah. Bila fikir balik macam futsal pula kan? 🤔

Objektif permainan ialah untuk membawa bola melepasi sempadan belakang pasukan di mana para pemain bertukar-bertukar hantaran. Cara permainan ini mirip kepada Ragbi. Permainan ini kekal popular untuk 700-800 tahun, tetapi, walaupun orang Rom membawanya ke Britain, penggunaan kaki dalam permainan belum cukup meluas ketika itu. Mungkin zaman tu belum ada kasut bola ADIDAS atau NIKE. 😝


Bolasepak Di Zaman Purba Rom

Harpastum adalah permainan orang Rom dipercayai diadaptasi dari permainan masyarakat Greek iaitu Episkyros. Permainan ini lebih kepada permainan fizikal yang agak ganas. Cara permainan ini mirip kepada American Football. Cuba anda bayangkan. 😅 Permainan di zaman purba Rom hampir tiada peraturan, startegi atau taktik. Tanpa peraturan sudah tentu tiada pengadil. Permainan ini dimainkan oleh 54 orang pemain iaitu 27 orang setiap pasukan. Tujuan utama permainan hanya untuk mendapatkan bola dan memastikan bola sentiasa berada dikawasan sendiri. Dah macam WWE Royal Rumble.

Permainan ini menjadi sangat popular dan dan dimasukkan sebagai salah satu acara dalam sukan Olimpik zaman purba. Oleh kerana permainan ini tiada peraturan maka ramailah pemain yang mengalami kecederaan. No wonder lah~ Selain bola sepak yang dimainkan di padang, terdapat satu lagi permainan bola sepak yang dimainkan di jalanan. Pemidato Rom, Cicera menyatakan bahawa yang bermain permainan ini majoritinya adalah budak lelaki. Mereka akan berlari sambil menendang bola mengelilingi seluruh bandar. Cicero juga telah menulis satu insiden tentang kecuaian pemain yang membawa kepada kematian. Kejadian ini berlaku ketika mereka secara tidak sengaja telah menendang bola ke arah tukang gunting yang ketika itu sedang mencukur seorang pelanggan. Alamakkk! Tukang gunting tersebut telah hilang kawalan keatas pisau cukurnya dan telah memotong kerongkong pelanggannya. Scary weyh. 😱


Bola Sepak Di Zaman Purba China

Sekitar 300 sehingga 200 tahun sebelum masihi, satu permainan yang dipanggil Tsu’ Chu, Cuju atau Zuqiu merupakan permainan yang sangat terkenal di China. Tsu’ Chu secara kasarnya telah diterjemah sebagai “Menendang bola dengan kaki”. Ironinya.. Masyarakat China ketika itu mengisi bulu kedalam bola yang bersaiz 30-40cm dan bola tersebut dimainkan di padang berbentuk segi empat tepat. Untuk menjaringkan gol, pemain hendaklah menyepak bola melepasi sehelai kain yang digantung di antara dua tiang.

Permainan ini menjadi popular kerana ketua pasukan tentera menggunakan permainan ini sebagai satu pertandingan bagi memastikan fizikal askar-askar kekal sihat dan cergas. Itu sudah pasti. Semasa pemerintahan Dinasti Han, permainan ini dimainkan dengan meluas, pihak istana mula menganjurkan perlawanan Tsu’ Chu yang dimainkan oleh pemain Tsu’ Chu profesional. Pasukan Tsu’ Chu ini terdiri daripada lelaki dan wanita. Orang awam juga boleh menyertai pertandingan ini. Sama seperti bolasepak hari ini, pemain Tsu’ Chu dibenarkan untuk menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan kecuali tangan hingga ke lengan. Pengadil digunakan dalam perlawanan bagi memastikan pemain mengikut peraturan.

Tidak seperti bola sepak moden, bilangan pemain Tsu’ Chu adalah tidak tetap. Tsu’ Chu boleh dimainkan dengan 2 hingga 10 orang pemain, manakala permainan yang ditaja pihak istana bilangan pemain biasanya sekitar 12 sehingga 16 orang pemain. Tidak semua perlawanan Tsu’ Chu dimenangi oleh pasukan yang menjaringkan gol. Dalam beberapa pertandingan, permainan ditentukan melalui markah yang diberi kepada pemain berdasarkan cara permainan mereka. 

Sebagai contoh, pemain yang membuat hantaran terlalu pendek menedang bola keluar dari kawasan gelanggang permainan akan dipotong mata. Maka pasukan yang kurang dipotong maka dikira pemenang. Pelik juga bila fikirkan. Tapi agak kreatif. Pada pertengahan abad ke-17, populariti Tsu’ Chu mula menurun. Walau bagaimanapun peraturan dan etika permainan terus hidup merentasi zaman dan tidak mustahil untuk kita bermain permainan Tsu’ Chu pada hari ini. Dalam tempoh yang sama ketika rakyat China terhibur menikmati permainan Tsu’ Chu yang menggunakan pengadil. Tsu’ Chu diiktiraf oleh FIFA sebagai permainan versi pertama yang mempunyai


Bola Sepak Di Zaman Purba Jepun

Terdapat satu lagi permainan yang berasal dari negara Timut Jauh iaitu Negara Jepun. Permainan rakyat Jepun ini dipanggil Kemari yang mula dimainkan kira-kira 500-600 tahun yang lalu dan masih dimainkan pada hari ini. Sukan ini merupakan permainan pertama Jepun yang sangat maju perkembangannya. Sukan ini dipengaruhi oleh sukan negara China, Tsu’ Chu tetapi cara bermain sukan ini kurang berdaya saing berbanding Tsu’ Chu. Kemari dimainkan di dalam bulatan yang berkeluasan 6-7m. Pemain berkerjasama bagi memastikan bola tidak jatuh ke tanah. Semua bahagian badan dibenarkan kecuali tangan dan lengan. Permainan ini lebih kurang macam sepak raga bulatan lah. Bola sukan ini dikenali sebagari Mari yang diperbuat dari kulit Rusa. Pada abad ke-13 peraturan permainan ini telah diselaraskan. Jepun dan tradisi tidak akan terpisah. Itu memang cara mereka.


Bola Sepak Di Zaman Pertengahan

Secara umumnya boleh dikatakan bahawa orang Inggerislah yang menjaga kelansungan hidup tradisi permainan bola sepak semasa zaman pertengahan. Pada pertengahan abad ke-14 terdapat satu permainan sukan yang sangat popular yang di panggil mob football dan jumlah pemain mob football ini adalah tanpa had. Pada ketika itu, tiada seorang pun yang terfikir untuk mewujudkan peraturan bola sepak. Pertaturannya sangat mudah. Pemain-pemain dibenarkan untuk bermain selagi tindakan mereka tidak menjurus kepada kematian. Mereka bermain permainan ini di jalanan sehingga jalan-jalan di pekan menjadi gelanggang besar mereka.

Peraturan yang ada pada ketika itu sangat kurang dan sesiapa pun boleh bermain, akibatnya permainan ini menjadi tidak terkawal dan selalunya berakhir dengan pergaduhan. Bermain di jalanan jugak mengundang masalah kepada penduduk dan peniaga di kawasan berkenaan. Melihat kepada kekecohan yang timbul pemerintah ketika itu mengambil keputusan untuk mengharamkan mob football. Oleh kerana populariti sukan ini dan ramai yang bermain, larangan tersebut tidak diendahkan dan sukan ini terus dimainkan. Patut la nama mob football. Radikal sungguh. Rebel.

Pada akhir abad ke-14, sukan ini telah tersemat teguh di dalam budaya orang-orang Inggeris. Permulaan Bola Sepak Moden Ketika bola sepak dimainkan secara meluas oleh anak-anak muda di seluruh England, sukan ini telah diharamkan di sekolah kerana peraturan bola sepak pada ketika itu amat sedikit dan ianya hampir mustahil untuk mengawal pemain dan permainan itu sendiri, akibatnya permainan ini selalu berakhir dengan kecederaan dan kekecohan. Gaduh ni memang best kan. 😏

Keadaan ini mendorong kelab-kelab yang ada dalam abad ke-19 mencipta peraturan bagi memastikan permainan yang adil, jujur, saksama, pantas, cekap dan boleh diharap. 😝

Kelab-kelab ini telah berkumpul dan bersatu serta mencapai kata sepakat untuk menubuhkan Football Association atau Persatuan Bola Sepak. Peraturan yang dicipta ini merupakan asas kepada peraturan dalam bola sepak yang kita gunakan sekarang. Kalau nak diceritakan lagi dari sinilah wujudnya sukan rugby dan dari sinilah bola sepak dipanggil “soccer” di Amerika Syarikat.

Penubuhan Football Association(FA)

Pada tahun 1860-an, peraturan-peraturan mula digunakan untuk mengawal permainan bola sepak dari terus mempromosikan kekasaran di padang. Boleh dikatakan setiap kelab yang ada mula membuat peraturan-peraturan mereka sendiri. Maka timbullah masalah lain iaitu setiap kelab atau bandar bermain dengan peraturan yang mereka tetapkan sendiri. Apabila perlawanan mereka bertemu dengan pasukan lain berlakulah pertikaian mengenai peraturan mana yang patut mereka patuhi. Kalau masing-masing buat peraturan sendiri itulah jadinya. Masalah ini akhirnya selesai pada 1863 apabila 12 kelab dari London bertemu duduk semeja dan kerusi lain-lain bagi membincangkan peraturan umum ketika perlawanan. 

Kelab-kelab tersebut kemudian bersepakat untuk mewujudkan badan pentadbiran yang dipanggil Football Association(FA) bagi mengawal selia perlawanan. Haaa.. kan senang bila bersatu.

Dari England, perkara ini telah tersebar dengan meluasnya ke negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol, Perancis, Belanda dan Sweden. Akhirnya negara-negara ini bergabung untuk membentuk satu badan pentadbiran yang menyelia perlawanan antarabangsa, maka wujudlah FIFA.

FA telah meningkatkan populariti bolasepak dan membantu menyebarkan bolasepak keseluruh pelusuk bumi termasuk Brunei dan Singapura. Sejak itu ianya mula dikenali sebagai football, futbol, futebol, dan fussbol tetapi di Amerika bola sepak dikenali sebagai soccer. Di sana football mereka pula macam rugby dan jarang gunakan kaki. Pelik kan?

Piala FA yang ada sekarang adalah bersempena Football Association yang ditubuhkan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post