Starbucks bakal disaman tidak letak amaran kanser pada kopi

KIRA-KIRA 90 syarikat pengeluar kopi di California termasuk Starbucks bakal berdepan denda jutaan dolar berikutan saman yang difailkan oleh Majlis Pendidikan dan Penyelidikan Toksik (CERT) pada tahun 2010.


Ia disebabkan kegagalan syarikat-syarikat tersebut meletakkan tanda amaran kanser pada kopi yang dijual.


Terdahulu, dalam keputusan Mahkamah Tinggi Los Angeles, hakim Elihu Berle dalam perbicaraan, menjatuhkan hukuman itu Rabu lalu memandangkan semua syarikat berkenaan melanggar undang-undang negeri yang mana menuntut mereka memberi amaran kepada orang ramai berkenaan risiko kanser pada produk keluaran mereka.


Dalam dokumen mahkamah, Starbucks dan syarikat-syarikat lain gagal menunjukkan tiada risiko ketara daripada bahan penyebab kanser (karsinogen) yang dihasilkannya daripada proses pemanggangan biji kopi.


Bahan kimia yang dikenali sebagai akrimilad adalah salah satu bahan sampingan yang terhasil dalam proses pemanggangangan biji kopi dan tinggi kandungannya dalam bancuhan kopi.


kopi Starbucks

Hakim mahkamah itu juga membuat keputusan berdasarkan pihak defendan yang gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa kopi menyumbang kepada kesihatan.


Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini diberi masa 2 minggu untuk melawan keputusan mahkamah.


Starbucks ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan mengulas perkara itu dan merujuk kenyataan Persatuan Kopi Kebangsaan (NCA) bahawa industri itu mempertimbangkan rayuan dan tindakan undang-undang lanjut.


Persatuan Kopi Kebangsaan (NCA) dalam kenya­taannya, cuba menegaskan label amaran kanser jika diletakkanakan mengelirukan pengguna.


NCA juga memetik garis panduan diet kerajaan Amerika Syarikat yang me­nyatakan bahawa mengambil kopi juga boleh menyumbang kepada gaya hidup sihat. —EdisiRakyat.com, 30 Mac 2018

2 Comments

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post