Masalah kerosakan tayar kereta dan cara membaikinya

TAYAR adalah salah satu komponen yang sangat penting pada satu kenderaan dan perlu diselenggara dengan baik untuk memastikan pemanduan anda berada dalam keadaan selamat.

Roda dan tayar mempunyai fungsi keselamatan dari segi kuasa, sistem gantungan, penyerapan stering dan brek.

Ia diperbuat daripada getah dan dipasang pada rim roda yang mana ia berfungsi dengan cara bergolek di atas jalan raya sebagai pembawa sesebuah kenderaan.

Roda ataupun tayar dikenali sebagai pneumatic, yang membawa maksud sesuatu yang telah diisi dengan angin untuk menyerap dan memberikan keselesaan apabila kereta berada di atas lubang atau rintangan jalan.

tayar

Kebanyakan tayar kereta biasanya diisi dengan tekanan angin sehingga tahap 25-35 psi (paun per unit inci kuasa dua) mengikut saiz garis pusat rim.

Selepas memasukkan angin atau menukar tayar ataupun menukar rim, roda perlu diseimbangkan semula. Pengimbangan roda terutamanya roda depan dilakukan bagi membolehkan roda bergolek tanpa gegaran pada kelajuan yang berubah-ubah.

Terdapat pelbagai kerosakan yang biasanya dihadapi oleh pengguna kereta antaranya tayar kereta cepat haus, mudah pancit dan pelbagai lagi yang menyebabkan pergerakan kenderaan anda menjadi tidak stabil.

Di bawah ini disenaraikan beberapa masalah yang biasa dialami dan cara untuk menyelenggara tayar kereta anda.


Tayar kereta cepat haus


Tayar kereta anda akan cepat haus apabila pengguna kenderaan selalu memandu dengan laju dan menekan brek dengan serta-merta semasa menghentikan kenderaan.

tayar-botak

Selain itu kemungkinan brek tangan ditarik tanpa Sengaja dan tidak dilepaskan apabila kenderaan bergerak.

Faktor-faktor inilah yang kebiasaannya menyebabkan bunga tayar menjadi cepat haus.

Perkara paling utama yang anda perlu lakukan adalah dengan memandu secara cermat. Jika anda hendak menekan injap brek, pastikan kereta anda dipandu dengan kelajuan 10-20 km/j, pada jarak antara 3.0-3.6 m (10-12 kaki)  dari kereta hadapan anda.

Pastikan brek tangan dilepaskan sebelum memulakan pemanduan.


Bunga tayar haus berlebihan di sebelah dalam


Masalah bunga tayar halus biasanya berlaku berlebihan sama ada di sebelah dalam ataupun di sebelah luar.

Bunga tayar haus berlebihan di sebelah dalam disebabkan oleh penyelarasan roda dilakukan terlalu ke dalam.

Ini menyebabkan apabila brek ditekan, tayar bergesel di atas jalan lalu mengakibatkan kehausan yang berlebihan di sebalah dalam tayar.

Apabila keadaan ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melakukan penyelarasan semula ke luar sedikit mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


Bunga tayar haus berlebihan di sebelah luar

Berbeza dengan masalah di atas, bunga tayar haus berlebihan di sebelah luar disebabkan oleh roda yang dilaraskan terlalu ke luar dan menyebabkan bahagian luar bergesel kat atas jalan raya apabila brek ditekan.

Apabila keadaan ini berlaku, apa yang anda boleh lakukan anda membawa kenderaan anda ke kedai untuk melaras semula roda. Roda kenderaan anda perlu dilaraskan sedikit kedalam mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


Roda tanpa tiub sentiasa berkurangan angin

tayar-pancit

Roda tanpa kiub sentiasa mengalami pengurangan angin disebabkan injap pengambilan angin longgar. Ini menyebabkan angin akan terkeluar dan tekanan angin pada tayar berkenaan beransur-ansur kurang.

Untuk mengatasi masalah ini, bubuhkan air sabun pada lubang injap. Sekiranya terdapat buih keluar daripada lubang injap, ikatkan dengan pengikat injap.

Selain itu, kebocoran antara dinding tayar rim juga menyebabkan tayar mudah menjadi lembik dan kekurangan angin.

Jika keadaan ini berlaku tukarkan tayar berkenaan atau pasangkan tayar berkenaan dengan memasukkan tiub bagi mengelakkan kebocoran.


Ciri-ciri roda dan tayar yang baik adalah:

1)Roda bergolek di atas jalan raya tanpa gegaran sama ada semasa memandu laju atau perlahan.

2) Kereta tidak menyimpang ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan semasa injak brek ditekan.

3) Rim (roda) kereta dalam keadaan bulat.

4) Semua roda mempunyai imbangan yang baik.

5) Penjajaran roda diselaras dengan tepat.

6) Bunga tayar pada keempat-empat roda tidak haus secara berlebihan.

Untuk memastikan perjalanan anda dan keluarga sentiasa selamat, pastikan anda sentiasa memeriksa kenderaan anda dan tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga perkongsian tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post